Arcane Musim 2 sudah bermula, dan jika anda sedang mencari cara untuk meluangkan masa antara setiap Babak, kami akan menghidupkan rancangan ini dalam semua permainan kami. Mungkin anda sudah cuba menggunakan pasukan Chem-Baron menegak di PBE atau mencuba Ambessa di Rift, tetapi terdapat banyak lagi pengembaraan yang boleh anda lalui. Berikut ialah ringkasan singkat tentang tempat dan cara Arcane akan muncul dalam permainan kami, serta tempat anda boleh mendapatkan maklumat lanjut:
League of Legends
Belajar cara untuk memainkan Ambessa, lihat beberapa skin, alami permainan mini dalam klien Jinx baharu dan lawatlah Bridge of Progress:
Artikel ini akan dikemas kini pada 28 November
Teamfight Tactics: Into the Arcane
Arcane belaka, sepanjang set ini. Berikut ialah segalanya yang anda perlu tahu tentang set TFT seterusnya yang menampilkan trait dan champion daripada rancangan tersebut serta kosmetik bertemakan Arcane.
Wild Rift
Wild Rift akan membawakan perayaan Arcane yang tidak terkira dengan mod baharu, event naratif, champion, skin dan banyak lagi. Lihatlah media sosial dan laman web mereka untuk maklumat lanjut.
Legends of Runeterra
Lihatlah Patch Note 5.11 untuk LoR yang menyerlahkan pengembaraan kisah baharu untuk wrath of Zaun dan event serba baharu, Legends of Arcane.
VALORANT
Kami tidak boleh biarkan Runeterra sahaja yang berseronok. Lihatlah bundle edisi terhad baharu yang akan datang ke VALORANT serta tempat anda boleh mendapatkan beberapa Twitch drop dengan menonton Arcane.
2XKO
Permainan pertempuran tag 2v2 akan datang Riot mungkin belum dikeluarkan lagi, tetapi pasukan 2XKO tidak mahu terlepas dalam merayakan Arcane. Lihatlah laman web dan saluran sosial 2XKO untuk pratonton Jinx dan butiran tentang playtest seterusnya yang akan datang pada Musim Bunga 2025.
Arcane.com
Jangan terlepas apa-apa pun dengan melawat Arcane.com yang akan menampilkan setiap kandungan ini dalam masa beberapa minggu akan datang.