Apabila pemain mengumpul wang untuk amal dengan menyokong Star Guardians atau membeli Bundle Give Back VALORANT, wang itu akan terus masuk ke dalam Dana Impak Sosial Riot Games. Kami melancarkan dana ini pada tahun 2019 untuk melakukan pelaburan langsung dalam organisasi yang mendorong ke arah dunia yang lebih baik. Pada bulan Disember, kami meminta para pemain untuk membantu menentukan cara kami memperuntukkan pembiayaan geran kami kepada badan bukan untung di seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, $6 juta (atau kira-kira 550,000 skin Star Guardian Taliyah dalam USD) telah diperuntukkan untuk didermakan kepada badan amal di seluruh dunia bagi kempen undian amal tahun ini dengan kerjasama GlobalGiving. Merentas 28 rantau, tiga badan bukan untung berbeza tersedia untuk diundi di setiap rantau. Badan bukan untung ini semuanya berusaha ke arah perjuangan yang memberi kesan merangkumi perubahan iklim, pendidikan, kesaksamaan jantina dan banyak lagi.

Walaupun persaingan dalam permainan kami adalah identiti kami, semua badan bukan untung ini adalah pemenang kepada kami jadi badan bukan untung yang menerima undian terbanyak akan mendapat 50% daripada wang terkumpul negara itu dan dua organisasi yang lain masing-masing akan menerima 25%. Setiap organisasi dalam senarai ini dijamin menerima sekurang-kurangnya $15,000.

Setelah pengundian selesai, kami telah menerima kira-kira 775,000 undian daripada pemain di seluruh dunia. Ia benar-benar memberi inspirasi melihat semua pemain kami bersatu untuk memperjuangkan perkara yang paling mereka ambil berat. Di bawah anda boleh melihat semua pilihan dengan organisasi dalam huruf tebal menerima undian terbanyak daripada para pemain.

Argentina

  • Fundación Integrar
  • Fundación TierraVida
  • Fondo de Mujeres del Sur

Australia

  • Rainforest Rescue
  • Foodbank Australia
  • Australian Literacy and Numeracy Foundation

Brazil

  • Vaga Lume
  • Instituto Revoar
  • Think Olga

Kanada

  • Boys and Girls Clubs of Canada
  • New Relationship Trust
  • Good To Be Good

Chile

  • Cultiva
  • América Solidaria
  • Fundación Semilla

Colombia

  • SOLE Colombia
  • Asociación Cultural Femenina
  • Fundación Óyeme

Perancis

  • Laurette Fugain
  • Solidarité Formation Médiation (SFM) Clichy
  • Safe Place

Jerman

  • Tafel Deutschland e.V.
  • NABU
  • Gaming-Aid e.V.

Yunani

  • Sporos Regeneration Institute
  • Irida Women's Center
  • Lesvos Solidarity

India

  • Teach For India
  • Mann Deshi Foundation
  • The Opentree Foundation

Indonesia

  • Saya Suka Membaca
  • Yayasan Kemanusiaan Ibu Pertiwi
  • Planet Indonesia

Ireland

  • Jigsaw
  • Teen-Turn
  • CoderDojo Foundation

Itali

  • Fondazione Soleterre
  • Chayn Italia
  • L’abilità Associazione Onlus

Jepun

  • Academy Camp
  • Japan Institute for Social Innovation and Entrepreneurship
  • Civic Force

Malaysia

  • The Borneo Project
  • Persatuan Harapan Mulia
  • Fugee: Liberty to Learn Berhad

Mexico

  • Pronatura Noroeste A.C.
  • Pasitos Centro Psicopedagógico
  • Mano Vuelta A.C.

New Zealand

  • KidsCan
  • WAI Wānaka
  • RainbowYOUTH

Peru

  • Enseña Perú
  • Camino Verde
  • Asociación Grupo de Trabajo Redes

Filipina

  • Young Focus
  • Haligi ng Bata, Inc.
  • FundLife

Poland

  • Szlachetna Paczka
  • Fundacja PODAJ DALEJ
  • Wonder Foundation

Korea Selatan

  • Korea Science Service
  • Korea Green Foundation
  • Korean Association for Safe Communities

Sepanyol

  • Apadrina la Ciencia
  • Aldeas Infantiles SOS de España
  • Fundación Querer

Rantau Taiwan

  • Bright Side Projects
  • Modern Women's Foundation
  • Taiwan Digital Talking Book Association

Thailand

  • Siam-Care Foundation
  • Pratthanadee Foundation
  • Concordia Welfare and Education Foundation

Turki

  • Türkiye Eğitim Gönüllüleri Vakfı
  • Buldan Eğitim ve Dayanışma Vakfı
  • Kadın Emeğini Değerlendirme Vakfı

United Kingdom

  • Drive Forward Foundation
  • PeaceJam
  • Rosa Fund

Amerika Syarikat

  • World Wildlife Fund
  • Take This
  • Raising a Reader

Vietnam*

  • Kidspire Vietnam
  • Rock-Paper-Scissors Children's Fund

*Sebuah organisasi dari Vietnam terpaksa keluar daripada proses pengundian maka dua badan bukan untung Vietnam yang lain akan berkongsi wang terkumpul penuh tersebut.