Berkat kemurahan hati pemain yang luar biasa, Dana Impak Sosial Riot Games baru-baru ini mencapai kejayaan besar dengan secara rasminya mengumpulkan $50 juta sebagai bantuan kepada badan bukan untung, komuniti dan organisasi di seluruh dunia sejak penubuhannya. Apabila melancarkan Dana Impak Sosial Riot Games pada tahun 2019, matlamat kami adalah demi memperkemas keupayaan kami dalam memperkasakan pemain untuk menyumbang semula kepada komuniti mereka. Sambil kami merenungkan detik ini, kami ingin mengimbas kembali beberapa kempen kegemaran kami sejak lima tahun terakhir Dana Impak Sosial dan cara pemain melibatkan diri untuk memberikan suara dan sokongan mereka kepada komuniti yang memerlukan. 

Melancarkan Dana Impak Sosial Riot Games

Sejak awal sejarah League, memperkasakan pemain untuk menyumbang semula telah menjadi bahagian yang penting dalam permainan ini. Tetapi realitinya menderma kepada organisasi bukan untung secara global bukanlah proses satu yang mudah. Jadi, pada tahun 2019, kami telah melancarkan Dana Impak Sosial Riot Games. Kini pada tahun 2023, misi asalnya kekal sama: Memberikan Riot dan juga pemain, cara yang lebih mudah dan berskala untuk membuat perubahan yang lebih besar secara global. 

Dana ini membolehkan kami membuat pelaburan langsung yang cepat dalam organisasi bukan untung dan perjuangan impak sosial yang lain di seluruh dunia. Kami teruja dengan peluang baharu yang diberikan oleh Dana Impak Sosial kepada kami dari segi pelaburan tetapi sedikit pun kami tidak tahu tentang semua cara kami akan dapat memanfaatkan dana tersebut pada tahun-tahun berikutnya. Dengan kerjasama ImpactAssets, dana ini telah menyokong lebih 450 organisasi bukan untung di 28 rantau yang memberi tumpuan terutamanya pada menangani isu sistemik dalam pendidikan, peluang, kewarganegaraan dan kemampanan. 

Skin Ke-1000 League Mengumpulkan $6 Juta Untuk Tujuan Amal
 

Dawnbringer Karma


Pengumpulan dana utama yang pertama selepas melancarkan Dana Impak Sosial berpusat di sekitar skin ke-1000 League, Dawnbringer Karma. Selepas sedekad mengeluarkan skin, Dawnbringer Karma merupakan pencapaian penting bagi League dan juga Riot sebagai sebuah syarikat. Memang sesuai bahawa skin itu adalah untuk Karma, champion yang baik hati dan penuh belas kasihan yang memperkasakan dan melindungi sekutu. 

Pemain-pemain League berpusu-pusu menyokong skin ini dan juga mencipta lonjakan ketara dalam kadar permainan keseluruhan Karma. Antara skin ini dan bundlenya, para pemain mengumpulkan lebih daripada $6 juta untuk tujuan amal yang agak lebih daripada yang kami bayangkan.

Kempen ini juga merupakan kali pertama kami memberi pemain keupayaan untuk mengundi badan amal di rantau mereka sendiri. Pejabat serantau kami mengenal pasti tiga badan amal dalam komuniti mereka dan para pemain mengundi badan amal yang akan menerima wang paling banyak daripada dana terkumpul, dengan setiap badan amal menerima sekurang-kurangnya $10,000. Hal ini kini telah menjadi tradisi tahunan yang dikenali sebagai Kempen Pengundian Amal. Sokongan yang diberikan oleh pemain untuk kempen ini juga menarik perhatian industri apabila Dawnbringer Karma turut mendapatkan Anugerah Golden Halo keduanya bagi Riot berkat usaha kolektif pemain.

Bundle Give Back Pertama VALORANT

Dana Impak Sosial Riot Games telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada L10, sambutan ulang tahun ke-10 League. Pada tempoh itu juga banyak permainan dan projek lain telah diumumkan, termasuk satu permainan penembak taktikal yang digembar-gemburkan dengan nama kod Project A. 

Apabila Project A menjadi VALORANT dan dikeluarkan pada tahun 2020, pasukan mula memikirkan cara mereka boleh memberi pemain cara unik mereka untuk menyumbang kepada Dana Impak Sosial. Hasilnya ialah Bundle Give Back VALORANT. Untuk tahun pertama, para pemain mengundi untuk mengembalikan beberapa skin kegemaran mereka dengan 50% hasil daripada skin dan 100% daripada aksesori disalurkan ke dana. Dalam acara pengumpulan dana besar pertama mereka, VALORANT hampir menyamai kempen tahun 2021 merentas permainan berasaskan Runeterra dengan mengumpulkan $5.5 juta untuk dana pada tahun pertama. 

Bundle Give Back telah menjadi tradisi tahunan dan telah mengumpulkan hampir $15 juta sepanjang tiga tahun terakhir ini. 

Geran Komuniti Arcane

Tahun 2021 menyaksikan pengeluaran Arcane, penerokaan pertama kami ke dunia televisyen apabila Vi, Jinx, Jayce dan dunia Runeterra datang ke Netflix. Dikeluarkan dalam tiga bab mingguan, kempen ini berkembang seiring dengan rancangan itu sambil kami meraikan Hari Kemajuan bersama-sama Piltover. 

Sebagai penghormatan kepada cuti Piltover tersebut, para pemain mencalonkan badan amal di seluruh dunia untuk peluang bagi badan bukan untung pilihan mereka menerima geran komuniti melalui Dana Impak Sosial. Kami menerima 19,000 penyerahan badan amal yang mengejutkan dan pasukan impak sosial dan sokongan pemain kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami di ImpactAssets dan GlobalGiving untuk mengenal pasti 30 organisasi bagi setiap satu menerima geran $10,000.

Kami juga mendapat sedikit bantuan daripada suara Caitlyn dan Jayce dari Arcane untuk mengumumkan badan amal yang menang: 

Kempen Pengundian Amal Pertama

Pada tahun 2022, kami memperluaskan cara para pemain memberikan suara mereka mengenai arah wang yang mereka kumpulkan akan disalurkan. Pada penghujung setiap tahun, berjuta-juta dolar diperuntukkan daripada Dana Impak Sosial untuk disalurkan ke badan amal sepanjang tahun. Untuk tahun pertama, 84 badan amal telah dipilih di 28 rantau berbeza untuk menerima pembiayaan. 

Para pemain boleh log masuk, memilih rantau yang mereka mahu sokong dan mengundi untuk perjuangan yang paling mereka ambil berat. Setiap satu daripada 84 badan amal menerima sekurang-kurangnya 25% peratus daripada dana terkumpul rantau mereka dan sekurang-kurangnya $10,000 tetapi badan amal yang mendapat undian terbanyak menerima 50%. 

Apabila tiba masa pengundian ditutup, kami telah menerima kira-kira 775,000 undian daripada pemain di seluruh dunia dan Dana Impak Sosial mula bekerja mengagihkan dana yang terkumpul sejumlah $6 juta kepada badan bukan untung yang sangat berkesan di setiap rantau.

Masa Hadapan Dana Impak Sosial

Sambil kami mencapai peristiwa penting ini, kami ingin mengucapkan terima kasih. Terima kasih kepada organisasi-organisasi yang melakukan kerja penting di seluruh dunia. Terima kasih kepada rakan kongsi kami di ImpactAssets dan GlobalGiving yang telah membantu Dana Impak Sosial mengagihkan dana kepada komuniti yang paling memerlukannya. Terima kasih kepada para pemain yang telah membeli skin, menyelesaikan misi, mengundi untuk perjuangan yang mereka ambil berat, dan membantu Dana Impak Sosial Riot Games mencapai pengumpulan $50 juta. Semangat anda untuk membuat perubahan dan menjadi kuasa untuk kebaikan dalam komuniti anda sendiri tidak pernah goyah. 

Kami sentiasa kagum dengan berjuta-juta pemain yang melibatkan diri di dalam dan di luar permainan untuk menjadikan dunia lebih baik sedikit untuk orang ramai. Terima kasih 

Ketahui lebih lanjut tentang Dana Impak Sosial Riot Games di sini.