Baiklah, Hujung Minggu Super sudah menjadi sejarah! Kami harap anda semua berseronok menonton Pertunjukan Pembukaan bertemakan Arcane sebelum DAMWON KIA dan Edward Gaming berentap di Peringkat Akhir League of Legends World Championship. Selepas perlawanan, begitu ramai daripada anda berkumpul untuk menonton tayangan perdana Arcane. Terima kasih kepada semua yang menonton; cinta anda kepada dunia inilah menjadikannya kenyataan.
Tetapi kami tidak berhenti di situ sahaja. Event RiotX Arcane baru sahaja bermula!
Minggu lepas sambutan Arcane bermula apabila TFT melancarkan set baharu dan VALORANT memulakan Babak 3, Musim 3. Tenaga Arcane tidak dapat dibendung pada permainan kami sahaja, jadi ia telah menembusi dunia permainan lain dengan Fortnite terkena Jinxed dan kami mengumumkan perkongsian akan datang dengan PUBG MOBILE. Tertanya-tanya di mana lagi kami akan melihat Arcane... Pastikan mata anda sentiasa terbuka untuk melihat aktiviti lain yang mencurigakan, dan lari ke butang merah sebaik sahaja anda melihat sesuatu!
Minggu ini bermula dengan Hari Kemajuan Piltover, satu hari perayaan yang tentang melihat ke hadapan. Dengan tiga episod pertama Babak 1 kini tersedia, tiba masanya untuk menyertai Jayce, Caitlyn, dan Heimerdinger dalam meraikan Hari Kemajuan Piltover sebelum pelancaran Babak 2 pada 13hb.
Kami tahu kami telah meninggalkan anda semua tergantung pada penghujung Babak 1. Maaf ya. Tetapi kandungan dalam permainan baharu, lagu daripada runut bunyi Arcane, dan, sudah tentu, ganjaran percuma pasti akan membantu membuat penantian untuk Babak 2 terbang dengan lebih pantas daripada sekumpulan pencuri yang melarikan diri dari penguatkuasa Piltover.
Dalam League of Legends anda akan dapat meneroka Arkib Council, pengalaman interaktif baharu yang membolehkan anda mempelajari lebih banyak cerita Arcane. Di samping itu, Arcane Jayce akan tersedia selepas bermain satu permainan League minggu ini.
Legends of Runeterra turut mempunyai banyak kandungan baharu, dengan tajuk utama The Path of Champions, satu mod PvE kekal yang menampilkan pengembaraan melalui Piltover & Zaun dan kempen roguelike melalui rantau lain di Runeterra. Bertindak balas terhadap pertemuan unik, dapatkan peningkatan kuasa dan sahut cabaran baharu sambil anda meneroka kisah Jinx, Vi dan ahli kumpulan yang lain.
- Champion Baharu: Jayce
- Kad sokongan bertemakan Piltover & Zaun
- Pas Event The Path of Champions, menampilkan 35 ganjaran terkumpul termasuk Guardian dan Emote baharu serta banyak lagi.
- Board Bumbung-Bumbung Piltover
- Skin Champion Baharu
- Bundle Deck Champion Jayce
- Guardian Hextech
Dan akhirnya, dalam League of Legends: Wild Rift, skin Jinx dan Vi yang bertemakan Arcane akan tersedia secara percuma melalui ganjaran log masuk harian.
- Event dalam permainan Arcane Experience
- Jayce dan Caitlyn dalam event Hextech Heist
- Minggu bertema dalam Guild vs Guild, termasuk Jinx vs Vi
Jika anda belum melihat hab event World of RiotX Arcane, pergi ke sana untuk meneroka lebih banyak cerita dan dapatkan ganjaran baharu. Mulai hari ini, setiap permainan kami akan membuka daerah mereka sendiri tempat anda menangani misi Hari Kemajuan, bermain permainan mini baharu dan memperoleh ganjaran khusus permainan. Semasa kisah Arcane menuju ke babak terakhirnya, jangkakan daerah ini dikemas kini semula dengan kandungan tersembunyi, ganjaran dan interaksi yang menyeronokkan.
Berikut adalah semua ganjaran baharu yang tersedia di World of RiotX Arcane, pastikan anda meraihnya selewat-lewatnya pada 30 November!
- League of Legends: Kapsul Arcane, Ikon Arcane
- Teamfight Tactics: Satu Telur Little Legend Gizmos & Gadgets
- Legends of Runeterra: Satu Kad Champion Jayce
- Wild Rift: 100 Poro Coins
- VALORANT: Satu Gun Buddy Eksklusif
Walaupun Piltover mungkin tidak pandai berkongsi harta mereka dengan Zaun, kami percaya dalam memberi kembali untuk menginspirasikan kemajuan. Sepanjang musim panas, kami telah meminta anda semua untuk mencalonkan pertubuhan amal dalam komuniti anda, dan anda semua telah memberi sambutan yang meriah sekali. Selepas menyemak lebih 19,000(!) penyertaan, kami memilih 30 pertubuhan amal untuk setiap satu menerima $10,000 (RM41,300) sempena Hari Kemajuan. Kami akan berkongsi senarai penuh pertubuhan amal yang terpilih dalam beberapa hari akan datang.
Hari Kemajuan adalah tentang melihat ke hadapan dan sambil kisah Arcane terus berkembang, event-event kami akan turut serta. Minggu hadapan kami akan meraikan Malam Undercity apabila tumpuan beralih daripada pencipta bersalut emas dalam City of Progress kepada genius-genius gila di Zaun. Oleh itu, nantikan Chamber, lelaki Perancis tampan yang tatunya boleh bertukar menjadi senjata dalam VALORANT, Double Up, mod permainan TFT baharu yang muncul dalam set terbaru mereka, Gizmos & Gadgets, dan patch Pramusim 2022 League, serta lebih banyak lagi.
Dan tentu sekali, finalenya! Kisah Arcane baru sahaja bermula. Babak 2 akan benar-benar membawa kisah Jinx dan Vi ke peringkat seterusnya dan kami tidak sabar untuk anda merentasi jambatan dari Piltover ke Zaun dan kembali semula dalam beberapa minggu akan datang. Selamat Hari Kemajuan!