Dua inisiatif Riot telah diiktiraf dalam Senarai Idea Perubahan Dunia 2022 Fast Company. Senarai tersebut merupakan pengiktirafan tahunan tentang cara syarikat dan individu menangani beberapa isu paling mendesak di dunia. Kami berbesar hati mendapat pengiktiraf dalam kedua-dua kategori Media dan Hiburan untuk kategori VALORANT Game Changers dan Tanggungjawab Sosial Korporat untuk kempen impak sosial Sentinels of Light.
Sentinels of Light, acara pengumpulan dana dalam permainan terbesar yang berlaku dalam dunia League of Legends, telah dinobatkan sebagai sebutan khas dalam kategori Tanggungjawab Sosial Korporat. Kempen tersebut yang berlangsung pada 2021, menyaksikan hampir 15 juta pemain membeli pakej yang menampilkan Sentinel Olaf. Secara keseluruhannya kempen tersebut telah mengumpulkan $5.8 juta untuk Dana Impak Sosial kami yang secara langsung membiayai badan amal yang bekerja untuk menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia.
Sebagai sebahagian daripada kempen Sentinels of Light, pemain berpeluang mencalonkan badan bukan untung dan badan amal yang penting bagi mereka. Lebih 19,000 pemain mencalonkan organisasi dan 30 telah dipilih di 18 negara dan setiap satu menerima geran $10K.
VALORANT Game Changers, program global kami yang mencipta peluang dan pendedahan baharu untuk wanita dalam e-sukan VALORANT, telah dinobatkan sebagai finalis dalam kategori Media dan Hiburan. Lebih daripada 40% pemain VALORANT mengenal pasti sebagai wanita dan Game Changers direka khas untuk memastikan adegan e-sukan memudahkan akses dan memberikan pendedahan kepada kumpulan yang kurang diwakili dalam komuniti.
Sejak penubuhannya, Game Changers telah menjalankan lebih daripada 40 acara di seluruh dunia, menganugerahkan hadiah bernilai ratusan ribu dolar, dan melihat berpuluh-puluh organisasi e-sukan menandatangani senarai wanita. Selain itu, buat pertama kalinya tahun ini, semua program serantau akan bergabung menjadi satu Kejohanan Global, dan pasukan Game Changers terbaik dari seluruh dunia akan bersaing demi kegemilangan. Banyak perkara yang telah kami pelajari daripada tahun pertama mengendalikan program ini, dan matlamat utama kami adalah untuk melihat semua jantina diwakili merentasi setiap peringkat pertandingan VALORANT.