Kita semua pernah melaluinya. Selepas kesibukan kerja harian, perkara yang anda mahukan hanyalah bermain permainan kegemaran anda. Anda duduk menghadap komputer anda bersedia untuk meraih beberapa kemenangan dan kemudiannya anda lihat permainan memerlukan patching pula!
Mengapalah permainan ini tidak boleh sedia dimainkan? Kini anda tidak perlu tunggu lagi, kerana kami akan membawakan kepada anda keupayaan untuk melakukan patching di sebalik permainan semasa anda AFK, oleh itu memerhatikan kemas kini sedang dijalankan akan tinggal kenangan sahaja.
Patching di sebalik permainan membolehkan Klien Riot memuat turun dan memasang patch untuk semua permainan, selagi Klien Riot terbuka. Jika anda memilih untuk menyertai, ciri ini akan memastikan permainan anda sentiasa dikemas kini supaya sedia dimainkan pada bila-bila masa. Fungsi akan datang juga termasuk keupayaan untuk membuka Klien Riot pada startup.
Versi pertama patching sebalik permainan ini hanya akan membuat kemas kini penuh pada VALORANT. Memandangkan League of Legends, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics membuat kemas kini separa dalam klien permainan masing-masing, keupayaan untuk membuat kemas kini penuh melalui patching di sebalik permainan masih belum disokong. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada proses patching untuk permainan tersebut tetap berlaku dalam Klien Riot dan bahagian itu akan disokong oleh patching di sebalik permainan, dan ini bermakna pemain boleh menantikan proses patching yang lebih pantas di seluruh permainan.
Sementara itu, kami sedang bekerja keras untuk mengaktifkan patch latar belakang penuh untuk League of Legends, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics secepat mungkin. Pemain yang mempunyai beta Klien Riot akan mempunyai fungsi ini hari ini dengan pelancaran penuh dijadualkan pada bulan hadapan.
Kunjungi halaman Sokongan Pemain kami untuk melihat maklumat selanjutnya dan cara untuk mengaktifkan patching di sebalik permainan.