Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

Legal Jibber Jabber

Legal Jibber Jabber

Kemaskini Terakhir: Ogos 2018

Kami sayangkan pemain kami dan perkara hebat yang mereka ciptakan. Kami menyokong pemain yang menggunakan hak milik intelektual kami (“IP”) untuk mencipta fan projek percuma bagi manfaat komuniti (“Projects”). Secara umumnya, kami menyokong Project yang mematuhi peraturan digariskan di bawah tetapi masih boleh membatalkan mana-mana Project pada bila-bila masa jika kami merasakan ia menyalahi peraturan ini atau menggunakan IP kami secara tidak wajar.

1. Apa yang boleh saya bina dengan IP Riot?

TL;DR - Barangan percuma hebat untuk dinikmati ramai tetapi dengan beberapa pengecualian

Dengan dekri rasmi oleh Mahkamah Tinggi Demacia (pasukan perundangan kami): dengan syarat anda mematuhi segala peraturan yang digambarkan dalam dasar ini (“Peraturan”) dan Terma Penggunaan, Riot Games (“Riot” atau “Kami”) memberikan anda lesen peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh di sublesen, tidak boleh dipindahkan, boleh dimansuhkan dan terhad untuk kegunaan anda, papar dan cipta karya terbitan berdasarkan IP Riot hanya untuk kegunaan komuniti bukan komersial (kecuali seperti dinyatakan di bawah). Kami berhak untuk menolak penggunaan IP kami oleh sesiapa pada bila-bila masa di atas sebarang sebab atau tanpa sebab, termasuk apabila kami pilih di atas budi bicara mutlak kami, yang anda telah menggunakan IP kami secara tidak wajar. Jika kami menolak hak anda ke atas IP kami, anda perlu berhenti membina, menerbit atau mengedarkan Project anda dengan segera.

2. Tiada projek komersial (kecuali…)

TL;DR - Kami membenarkan penghasilan pendapatan iklan pasif bagi beberapa jenis kandungan, langganan dan sumbangan untuk saluran penstriman dan beberapa projek komersial yang mematuhi Terma dan Dasar API kami dan menggunakan kunci API yang sah

Anda tidak boleh mencipta Project Komersial, termasuk sebarang Project yang mengambil sebahagian sumber dana umum, Project yang melibatkan entiti perniagaan atau perundangan atau Project di mana anda memalang kandungan dengan paywall (cthnya, Patreon, YouTube Premium, dsb.) tanpa persetujuan bertulis daripada kami. Kami mempunyai tiga pengecualian.


Tiga Pengecualian


Pengecualian 1: Pendapatan Iklan

Kami membenarkan pemain untuk mempromosikan Projek mereka di laman web, strim atau video dan menghasilkan pendapatan secara pasif menerusi pengiklanan yang betul termasuk iklan sebelum video, tayangan rehat iklan dan overlay iklan tajaan. Tiada iklan yang tidak senonoh—kami sendiri menentukan apa yang layak dilabelkan sebagai tidak senonoh.


Pengecualian 2: Penstriman Permainan

Kami membenarkan pemain individu untuk meminta sumbangan peribadi atau menawarkan kandungan berdasarkan langganan ketika penstriman langsung permainan, jadi untuk mereka yang tidak melanggan masih boleh menonton permainan secara serentak.


Pengecualian 3: Terma dan Dasar API Pembangun

Kami membenarkan Project Komersial yang kedua-duanya (1) mematuhi Terma API dan Dasar API kami; dan (2) menggunakan kunci Riot API semasa yang sah dan diserahkan khusus untuk Project anda. Kami berhak untuk mengedarkan dan membatalkan kunci API mengikut budi bicara mutlak kami. Sekiranya kami membatalkan kunci API anda di atas sebarang sebab, anda perlu menghentikan Project anda dengan serta-merta.

3. Tiada permainan atau aplikasi yang tidak diizinkan.

Kami melarang penggunaan IP kami dalam permainan dan aplikasi. Sila jangan ambil mana-mana bahagian IP kami (cthnya, penampilan watak, ability watak, peta, ikon, item, dsb.) dan menggunakannya dalam permainan tau aplikasi. Secara jelas: kami tidak membenarkan mana-mana Projek di Apple Store atau Google Play Store melainkan ia mendapat persetujuan lesen bertulis daripada kami atau memiliki kunci API yang sah dan mematuhi Terma dan Dasar API kami (dinyatakan di atas).

4. Adakah Project saya perlu menyertakan kandungan asal?

TL;DR - Ya. Jangan meniru rekaan yang sedia ada. Ciptakan sesuatu yang baru!

Anda tidak boleh menggunakan IP pihak ketiga di dalam Project anda tanpa kebenaran mereka.
Jangan mencuri Projek orang lain; dapatkan kebenaran dan berikan mereka kredit.
Jangan meniru atau menambah beberapa ulasan ringkas pada kandungan sedia ada (cthnya, perlawanan e-sukan, video pemain lain). Sila hasilkan karya asli anda sendiri, buat sumbangan pada komuniti. Kami berhak untuk menggunakan perkhidmatan yang mengenalpasti kandungan kami secara automatik bagi menyekat penyalahgunaan kandungan sedia ada.

5. Bolehkah saya menggunakan logo atau tanda dagangan Riot?

TL;DR - Tidak, kami tidak mahu pemain keliru tentang apa jua hubungan yang ada di antara Riot dengan Projek anda.

Melainkan anda dapat persetujuan lesen bertulis daripada kami, anda tidak boleh menggunakan mana-mana logo atau tanda dagangan kami pada mana-mana bahagian Projek atau pada mana-mana laman web, bahan pengiklanan, video atau penerbitan lain. Anda tidak boleh mendaftarkan nama domain, akaun media sosial atau yang serupa dengannya menggunakan Riot Games atau mana-mana tanda dagangan kami, nama dagangan, nama watak, dsb. Anda tidak boleh menggunakan tanda dagangan atau nama yang berkaitan dengan IP kami sebagai kata kunci atau tag carian internet.  

6. Bolehkah saya berkongsi Project saya dengan komuniti?

TL;DR - Sudah pasti. Hanya maklumkan kepada mereka yang ia adalah fan Projek dan bukannya projek Riot.

Jika anda berkongsi Projek dengan orang lain, sila sertakan notis berikut (contohnya, pada laman web Projek anda):

[Tajuk Projek anda] telah dicipta di bawah dasar "Legal Jibber Jabber" Riot Games menggunakan aset yang dimiliki oleh Riot Games.  Riot Games tidak menyokong atau menaja projek ini.

7. Bolehkah Riot menggunakan Projek saya?

TL;DR - Ya.

Kami mahukan peminat untuk mencipta dan berkongsi perkara hebat tentang diri mereka dan membenarkan anda semua untuk berkongsi. Sekiranya kami mempamerkan satu dan Projek atau mencipta sesuatu yang menyerupai apa yang peminat mungkin hasilkan, kami tidak mahu disaman, jadi anda berikan kami kebenaran untuk mempamer atau mengongsikan Projek anda dengan seluruh dunia. Secara khususnya: anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan, menyalin, mengubahsuai, mengedarkan dan membuat karya terbitan daripada Projek anda dalam sebarang bentuk, secara bebas royalti, tidak eksklusif, boleh dimansuhkan, boleh dipindahkan, boleh disublesen, ke seluruh dunia, untuk sebarang tujuan dan tanpa perlu meninggalkan kredit kepada anda, membayar anda atau mendapatkan kebenaran daripada anda.

*    *    *

Jadi secara ringkasnya: ikuti Peraturan-peraturan ini supaya anda tidak menyinggung hati Corporate Mundo dan mengekalkan Projek anda percuma untuk dinikmati komuniti Riot.