Tahun 2022 hampir berakhir, jadi kami mahu mengambil sedikit masa untuk mengimbas kembali semua perkara yang telah kami lakukan dalam tempoh dua belas bulan yang lalu.

Sebagai permulaan, kami mengalu-alukan Lil Nas X sebagai Presiden League of Legends, Star Guardians menyelamatkan dunia (sekali lagi), dan Arcane menambahkan beberapa kemenangan rancangan anugerah pada resumenya.

Tahun ini kami juga bersatu sebagai satu syarikat global di Barcelona, diiktiraf sebagai tempat yang bagus untuk bekerja dan terus mengisi dunia kami dengan champion baharu, ejen baharu serta mod permainan baharu. Dan itu hanya kerja pada permainan yang telah kami terbitkan. Pasukan-pasukan di seluruh dunia juga menghabiskan tahun lalu meluangkan masa pada permainan yang telah kami umumkan seperti Projek L serta permainan yang belum kami bincangkan lagi.

Kini tiba masanya untuk berehat. Kami akan bercuti untuk dua minggu yang berikutnya bagi meluangkan masa bersama dengan keluarga dan rakan, menikmati musim perayaan, dan sudah tentu, bermain beberapa permainan. Walaupun kebanyakan Riot akan ditutup, beberapa pasukan seperti pasukan operasi langsung, anticheat dan pasukan keselamatan kami akan mengatur masa cuti mereka untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Memandangkan tahun ini akan berakhir, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bermain permainan kami tahun lalu, sama ada anda telah menghabiskan sedekad dalam rift, sedang membina kumpulan berlima yang konsisten dengan rakan anda dalam VALORANT, atau melancarkannya dalam TFT, kami gembira anda bermain di luar sana.

E-sukan

2022 membawakan permainan League of Legends yang paling banyak ditonton sepanjang zaman apabila DRX dan Deft menamatkan perjalanan mereka dari Peringkat Play-In di Mexico City sehinggalah World Championship menentang Faker dan T1 di San Francisco. Dalam VALORANT Champions, Loud dari Brazil mengalahkan Optic Gaming dari Amerika Utara semasa perlawanan akhir penuh aksi di Istanbul. Dalam VALORANT Game Changers pula, penguasaan White dari C9 akhirnya berakhir apabila Mary dan G2 dari Gozen merebut kejuaraan dunia antarabangsa yang pertama.

Sambil kami melihat ke arah e-sukan pada tahun 2023, kami akan melihat format baharu untuk e-sukan League of Legends dan rombakan pasukan rakan kongsi dalam e-sukan VALORANT. Sementara itu, e-sukan Wild Rift akan memberi tumpuan kepada Asia dan e-sukan TFT akan terus berkembang selepas menghabiskan tahun 2022 mencipta perkongsian baharu dan menguji format.

Riot di Seluruh Dunia

2022 merupakan tahun untuk Riot mengamati cara kami beroperasi di seluruh dunia. Walaupun ibu pejabat global kami akan kekal di Los Angeles, kami terus membina pejabat utama di bandar penting seperti Shanghai, Seoul, Singapura, Dublin, Berlin dan banyak lagi.

Tahun ini kami telah memperoleh Wargaming Sydney untuk mengembalikan kehadiran Riot di Oceania, membuka pejabat baharu di Seattle yang dikhususkan terutamanya untuk VALORANT, dan mengumumkan rancangan untuk membuka beberapa siri pejabat di seluruh Asia Tenggara.

Pejabat-pejabat Asia Tenggara tersebut akan melayani pemain yang pernah bermain League melalui Garena, rakan kongsi lama kami di rantau ini. Dengan tamatnya perkongsian itu, kami teruja untuk memberi pemain di Asia Tenggara pengalaman Riot yang penuh, bermula dengan pesta dalam permainan yang besar untuk mengalu-alukan pemain ke pelayan Riot baharu.

Pemberian Semula

Melalui event seperti Star Guardian dan Bundle Give Back VALORANT, para pemain telah mengumpulkan berjuta-juta dolar untuk tujuan amal pada tahun 2022. Wang itu akan disalurkan terus ke Dana Impak Sosial Riot yang kemudiannya akan disebarkan kepada perjuangan yang memberi kesan di seluruh dunia. Sepanjang 2022, kami menderma jualan battle pass untuk menyokong bantuan kemanusiaan di Ukraine yang mengumpul lebih $5 juta untuk penduduk di rantau tersebut. Kami juga telah membuka Pusat Teknologi dan Keusahawanan SoLa, kemudahan baharu di Los Angeles Selatan yang akan membuka lebih banyak peluang untuk generasi akan datang pembangun, pemain e-sukan dan peneraju teknologi berkulit hitam dan perang.

Dan kini, untuk mengakhiri tahun ini, kami memastikan pemain mempunyai peluang untuk bersuara tentang arah tuju wang mereka. Kami telah memperuntukkan lebih $6 juta untuk diberikan kepada badan amal di 28 rantau. Untuk setiap rantau, kami memilih tiga badan amal dan pemain kini boleh mengundi yang mana satu yang mahu disokong oleh Dana Impak Sosial. Setiap daripada tiga badan amal akan menerima sekurang-kurangnya 25% daripada wang terkumpul untuk rantau tersebut dengan badan amal yang menang akan menerima 50%. Undian dibuka sekarang dan membolehkan pemain memilih perjuangan yang paling sejajar dengan nilai mereka.

Mengalu-alukan Rakan Kongsi Baharu

Kami telah bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi yang hebat sepanjang tahun lalu. Kami menyertai Xbox Game Pass untuk membawakan dua komuniti permainan terbesar di dunia bersama-sama pada platform tersebut.

Latinx in Gaming bekerjasama secara langsung dengan Riot Unidos, Kumpulan Keterlibatan Rioter untuk Rioter Amerika Latin, untuk Game Jam tahunan LXIG yang temanya memfokuskan pada memperkasakan orang dalam komuniti.

Untuk menambah baik ruang dalam talian yang kami gunakan setiap hari, bersatu teguh, bercerai roboh. Itulah sebabnya kami adalah sebahagian daripada Fair Play Alliance dan itulah sebabnya kami mencari rakan kongsi sepanjang masa. Rakan kongsi seperti Take This, sebuah organisasi bukan untung yang berdedikasi untuk meningkatkan sokongan untuk kesihatan mental dalam permainan, yang melakukan kerja hebat dalam ruang ini dan kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka.

Kami bekerjasama dengan IDEO untuk mencari sepuluh pemenang bagi cabaran “Mereka Bentuk untuk Semarak Digital” yang pemenang memberikan cadangan terbaik untuk mencipta permainan dan pengalaman dalam talian yang lebih inklusif.

Bercakap tentang menjadikan ruang dalam talian lebih sihat, kami telah memulakan perkongsian baharu dengan Ubisoft yang bertujuan untuk melakukan perkara tersebut. Semua perkongsian ini merupakan bahagian penting dalam komitmen kami kepada Dinamik Pemain yang terus kami perbaiki dan ulangi sepanjang tahun lalu.

Dari segi e-sukan, kami bekerjasama dengan AWS untuk menyediakan statistik baharu kepada peminat e-sukan. Pada masa yang sama, kami telah melancarkan Project Stryker dengan pembukaan kemudahan pertama di Dublin yang bertujuan mengubah cara peminat di seluruh dunia menonton siaran e-sukan.

Kami juga membawa hubungan kami dengan Aim Lab ke peringkat seterusnya sebagai pemilik minoriti. Aim Lab sudah pun menjadi cara utama pemain VALORANT memanaskan pergelangan tangan mereka jadi masuk akal untuk membawa mereka menyertai kami.

Melabur dalam syarikat yang hebat adalah perkara yang betul untuk dilakukan, terutamanya apabila mereka menghidupkan sesuatu seperti Arcane. Sementara kami semua menunggu Musim Kedua, kami telah melakukan pelaburan ekuiti dalam Fortiche, studio yang sangat penting dalam menjadikan Arcane rancangan yang sebegitu.

Dan itu hanyalah sebahagian kecil daripada perkara yang telah dicapai oleh para Rioter dalam tahun lalu. Kami teruja untuk tahun baharu ini dan semua perkara baharu yang akan dibawanya. Jadi buat masa ini, kami akan mendaftar keluar selama beberapa minggu dengan satu janji. Janji untuk berehat, mengecas semula dan kembali dalam beberapa minggu untuk memulakannya dengan Permulaan Musim, penuh tenaga dan keseronokan untuk tahun baharu yang penuh dengan permulaan baharu.