Kami sudah menjumpai teman sepermainan kami! Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan UVS Games sebagai rakan kongsi penerbitan dan pengedaran rasmi kami untuk Project K. UVS membawakan pengalaman yang hebat dalam permainan kad dagangan dan komuniti TCG global, dan mereka akan membantu kami dalam membawakan Project K kepada pemain di banyak negara berbahasa Inggeris pada tahun 2025, dengan rancangan untuk berkembang kepada lebih banyak rantau global pada tahun 2026. 

Kami masih sedang memperhalusi nama permainan, reka bentuk kad dan mekanik akhir sebagai respons kepada maklum balas anda dan kami komited untuk menjadikan Projek K permainan yang terbaik mungkin. UVS Games ialah rakan kongsi paling sesuai untuk membantu dalam mencapai matlamat tersebut.

Penerbit yang sudah lama wujud dalam ruangan TCG, UVS paling terkenal dengan Permainan Kad Koleksi UniVersus, salah satu TCG yang paling lama berjalan di luar sana. UVS telah bekerjasama dengan francais hiburan popular untuk menterjemahkan siri disayangi ramai kepada TCG. 

Kami tidak sabar untuk menunjukkan kepada anda lebih banyak perkara yang telah kami usahakan. Nantikan kemas kini sepanjang tahun ini sambil kami bersiap sedia untuk pelancaran global Project K!