Selepas menilai semula rancangan, kami telah mengubah pendekatan kami, jadi segala maklumat di bawah sudah lapuk. Baca tentang perubahan ini di sini.


Pada 20 November 2023, kami akan menghentikan penggunaan "Nama Summoner" secara berperingkat dan mengalihkan semua pemain secara eksklusif kepada ID Riot untuk mencipta pengalaman yang lebih bersatu merentas semua permainan kami. Kami faham mungkin terdapat pelbagai emosi mengenai perubahan ini—sama ada anda telah berada di sini selama 14 tahun atau 14 minit, nama dalam permainan adalah bahagian penting dalam cara anda mengalami permainan. Kami bermatlamat menjadikan perubahan ini selancar mungkin dan membantu anda berasa terhubung dengan ID Riot anda seperti dengan Nama Summoner anda. 

Mengapakah kejadian ini terjadi?!

Lore Runeterra, League of Legends, dan Summoner’s Rift telah berubah sejak beberapa tahun lalu. Pada mulanya, pemain adalah Summoner yang membawa senarai asal Champion ke Rift. Akhirnya, hal ini menjadi sesuatu yang menghadkan untuk dunia dan watak di dalamnya, jadi pada tahun 2014, tumpuan beralih kepada Champion, bukannya Summoner yang sangat berkuasa.

Perkataan Summoner masih muncul di beberapa tempat seperti baris suara rencam, rujukan sekali-sekala, dan, terutamanya, nama Rift. Tetapi, apabila berkaitan dengan pemain, Nama Summoner tidak disegerakkan dengan lore dan sudah lama tidak sebegitu. Kemas kini ini direka bentuk untuk lebih sepadan dengan dunia League of Legends semasa, mencipta lebih kelancaran antara semua permainan kami dan menyelaraskan cara nama berfungsi dari perspektif teknikal. 

Adakah saya perlu melakukan apa-apa?

Tidak. Anda tidak perlu membuat apa-apa tindakan untuk kemas kini ini. Jika anda pernah bermain Permainan Riot sebelum ini, anda mempunyai ID Riot. Jika anda tidak pasti apakah ID Riot anda, terdapat beberapa cara untuk menyemak:

  • Log masuk ke akaun anda melalui account.riotgames.com dan ID Riot anda sepatutnya disenaraikan di bahagian atas. Di sini juga anda boleh menukar ID Riot anda.
     

Riot Games RiotID in the Account Settings

 

  • Untuk menyemak ID Riot anda melalui League of Legends, log masuk ke dalam permainan dan tuding pada gambar profil anda di bahagian atas sebelah kanan. Anda kemudian akan melihat ID Riot anda.
     

Checking your Riot ID in League of Legends


Masa Hadapan dengan ID Riot

Sebagai sebahagian daripada perubahan ini, kami juga mengemas kini kekerapan anda boleh menukar ID Riot anda secara percuma. Sebaik sahaja kami bertukar kepada Riot ID, setiap pemain akan menerima pertukaran nama percuma setiap 365 hari. Jika pemain ingin menukar nama mereka lebih kerap daripada itu, ada bayaran dikenakan, sama seperti sistem Nama Summoner semasa. 

Terdapat beberapa sebab kami memutuskan untuk menggunakan sistem ini dan kami akan menerangkannya di sini: 

  • Sebagai nama utama pemain, cara anda memilih untuk mengenal pasti diri anda dalam permainan harus diberikan lebih pertimbangan. Di samping itu, mungkin sukar untuk menjejaki senarai rakan yang lebih besar dengan perubahan nama yang berterusan, dan tiada siapa yang suka kehilangan jejak pemain Skye dengan komunikasi mantap dan heal yang clutch itu.

  • Apabila Riot ID menjadi semakin standard dalam semua permainan kami, keupayaan untuk menukar nama anda secara percuma setiap 30 hari bukanlah sesuatu yang boleh kami lakukan dari perspektif teknikal dan perniagaan. Tempoh bertenang 365 hari bertujuan untuk mencapai keseimbangan yang merangkumi sebahagian besar pertukaran nama oleh pemain sambil menyediakan pilihan untuk pemain yang ingin menukar nama mereka lebih kerap lagi.

Bagaimanakah Saya Boleh Menukar Nama Saya?

Sebagai sebahagian daripada perubahan ini, kami akan menyediakan penukaran nama percuma untuk semua pemain serta-merta selepas peralihan berlaku pada 20 November. Jika pemain ingin membeli pertukaran nama tambahan, anda akan dapat berbuat demikian pada halaman akaun dan akan menelan kos yang setara dengan kira-kira $10 USD dalam mata wang dalam permainan. 

Pada 20 November, satu-satunya mata wang dalam permainan yang akan disokong ialah Riot Points dan Legends of Runeterra Coins. Pasukan teknikal pada permainan kami yang lain sedang mengusahakan laluan yang juga akan membolehkan perubahan nama dibeli menggunakan VALORANT Points, Wild Rift Cores, and TFT Coins pada masa hadapan. Memandangkan kami tahu situasi ini bukan sesuatu yang ideal untuk pemain, kami juga akan melakukan beberapa lagi pertukaran nama percuma dalam beberapa bulan akan datang untuk memudahkan peralihan kepada ID Riot.

Saluran sosial kami akan mempunyai kemas kini apabila set semula pertukaran nama percuma ini akan berlaku dan apabila mata wang lain ini akan datang dalam talian. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat artikel Sokongan Pemain kami untuk Nama Summoner dan ID Riot.