Hai semua pemain,
Kami menulis hari ini untuk bercakap tentang sesuatu yang terus terang kami akui (memang) menyebalkan: bermula pada 18 September, harga untuk mata wang maya—RP, VP, LoR Coin, Wild Core, dll.—akan diselaraskan pada banyak pelayan serantau.
Sebelum perubahan ini disiarkan secara langsung, kami menawarkan mata wang maya bonus tambahan untuk pembelian dalam klien di rantau-rantau yang harganya dinaikkan. Sebagai contoh, dalam VALORANT, bundle 2050 VP (yang biasanya termasuk 1900 VP + 150 bonus) kini akan memberi anda 300 VP bonus, menjadikannya sejumlah 2200 VP. Bonus ini akan bermula pada 5 September, pukul 00:00 tengah malam GMT+8 untuk kebanyakan rantau.
Perhatian: Pelayan Korea, Taiwan dan Jepun mempunyai garis masa alternatif, sila lihat penafian di bahagian bawah artikel ini untuk menentukan masa perubahan harga dan mata wang maya bonus di rantau tersebut.
Mengapa dan Mengapa Sekarang?
Seiring dengan perubahan ekonomi global, kadangkala kami perlu melaraskan harga untuk mengambil kira peralihan dalam kadar pertukaran dan ekonomi tempatan. Dengan kemas kini ini, kami membuat perubahan yang akan memberi kesan kepada kelima-lima permainan langsung kami dan kebanyakan rantau. Walaupun sesetengah rantau tidak akan melihat apa-apa perubahan sekarang, rantau lain akan mengalami kenaikan atau penurunan harga untuk mengimbangi harga yang lebih baik antara rantau.
Dengan kadar pertukaran sentiasa turun naik, adalah penting untuk cuba mengimbangi harga merentasi rantau. Apabila perbezaan harga terlalu meluas, hal ini membuka pintu kepada pihak ketiga untuk mengeksploitasi perbezaan tersebut, menggunakan kaedah seperti VPN dan pemindahan pelayan untuk membeli mata wang pada harga yang lebih rendah di satu rantau dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan di rantau yang lain. Di sesetengah rantau, sebahagian besar—bahkan ada kalanya majoriti—pembelian mata wang dibuat oleh pihak ketiga atau pemain dari luar rantau tersebut.
Kami tahu bahawa perubahan ini amat sukar untuk pemain di rantau-rantau dengan peningkatan terbesar, dan kami juga tidak teruja dengan perkara ini. Hakikatnya, pelarasan ini perlu dilakukan untuk memerangi manipulasi yang kami saksikan dalam sistem dan untuk memastikan semua orang bermain secara adil. Harapan kami adalah dengan mengimbangi nilai mata wang secara lebih konsisten merentasi rantau, kami dapat mengurangkan peluang untuk eksploitasi dan mengekalkan keadilan untuk semua orang.
Perubahan Harga dan Pembelian
Peratusan yang disenaraikan di bawah menggambarkan purata perubahan harga dan berbeza sedikit bergantung pada bundle dan kaedah pembayaran. Jumlah mata wang daripada kad hadiah dan kod juga akan dikemas kini, jadi pastikan anda menebusnya dengan segera untuk memastikan anda mendapat nilai maksimum.
Kami juga mengambil peluang ini untuk menyeragamkan bundle kami supaya lebih konsisten untuk setiap permainan dan rantau. Sebagai contoh, bundle 1380 RP kini akan tersedia di semua rantau di LoL PC, yang bermaksud sesetengah rantau akan melihat perubahan dalam bundle mereka.
League of Legends PC & Teamfight Tactics
Amerika
Brazil: +20%
Kanada: Tiada perubahan
Chile: -6%
Rantau LATAM dengan harga dalam USD: -11%
Mexico: -9%
Peru: -12%
AS: Tiada perubahan
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Asia Pasifik & OCE
Australia: +5%
Hong Kong: +13%
India: -4%
Jepun: +7%
Korea: +14%
Malaysia: +23%
New Zealand: +7%
Filipina: +40%
Taiwan: +33%
Thailand: +7%
Vietnam: +41%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Eropah & MENA
Rantau CIS dengan harga dalam EUR: +13%
Republik Czech: -9%
Hungary: +7%
Poland: -4%
Romania: +8%
Turkiye: +24%
Ukraine: +73%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Legends of Runeterra
Amerika
Brazil: +14%
Kanada: Tiada perubahan
Chile: +7%
Colombia: -16%
Mexico: -8%
Rantau LATAM dengan harga dalam USD: +12%
AS: Tiada perubahan
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Asia Pasifik & OCE
India: +4%
Jepun: +20%
Korea: +19%
Malaysia: +16%
Filipina: +7%
Vietnam: -4%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Eropah & MENA
Republik Czech: -9%
Norway (Harga PC): +12%
Poland (Harga PC): -6%
Romania (Harga PC): +5%
Arab Saudi: -5%
Turkiye: +63%
Ukraine: +64%
United Kingdom: -9%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
VALORANT
Amerika
Brazil: +14%
Kanada: Tiada perubahan
Chile: +22%
Colombia: +6%
Rantau LATAM dengan harga dalam USD: Sesetengah rantau akan mengalami penurunan sebanyak -15% manakala yang lain meningkat sebanyak 12% untuk menyeragamkan harga di seluruh LATAM.
AS: Tiada perubahan
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Asia Pasifik & OCE
India: -6%
Jepun: +20%
Korea: +14%
Malaysia: +16%
Filipina: +7%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Eropah & MENA
Republik Czech: -9%
Hungary: +11%
Norway: +12%
Poland: -6%
Romania: +5%
Turkiye: +15%
Ukraine: +66%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
League of Legends: Wild Rift
Amerika
Brazil: +16%
Kanada: Tiada perubahan
Colombia: -12%
Mexico: -8%
AS: Tiada perubahan
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Asia Pasifik & OCE
Australia: -6%
Indonesia: -6%
Jepun: +12%
Korea: +6%
Malaysia: +5%
New Zealand: -6%
Vietnam: -8%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Eropah & MENA
Republik Czech: -7%
Hungary: +8%
Turkiye: +24%
Ukraine: +76%
Rantau tidak tersenarai: Tiada perubahan
Masa Pelayan Korea, Taiwan dan Jepun
Promosi Bonus Berganda Pelayan Taiwan akan berlangsung mulai 20 September pukul 00:00 tengah malam GMT+8 hingga masa perubahan harga pada 4 Oktober pukul 00:00 tengah malam GMT+8.
Pada Pelayan Korea, tempoh bonus akan menyaksikan promosi tambahan sebanyak 10% dan akan berlangsung dari 5 September pukul 00:00 tengah malam GMT+8 (5 September pukul 1:00 pagi KST) hingga tarikh perubahan harga pada 22 September pukul 11:00 malam GMT+8 (23 September pukul 00:00 tengah malam KST).
Untuk Pelayan Jepun, tarikh dan masa perubahan harga dan Promosi Bonus Berganda akan diumumkan pada saluran sosial permainan tempatan pada masa hadapan.