Itulah penamatnya! Dengan pelancaran finale epik Arcane di Netflix dan sambutan Undercity Nights kami pada hujung minggu, acara RiotX Arcane secara rasminya telah melabuhkan tirainya. Kami begitu terharu dengan semangat dan kreativiti anda sepanjang bulan lalu. Terima kasih kepada semua orang yang telah menonton dan menyokong Arcane.
Jika anda terlepas mana-mana sambutan atau pengumuman hujung minggu ini, biar kami ringkaskannya untuk anda:
Riot Gauntlet
Riot Gauntlet memberi peluang kepada pencipta untuk memberi sumbangan amal melalui pasukan mereka. Lapan pasukan global bersaing untuk mendapatkan hak bermegah dan sebahagian daripada derma berjumlah $100,000.
Perbualan Finale Arcane bersama Barisan Bintang dan Pencipta
Arcane ialah hasil kerja berdedikasi selama bertahun-tahun daripada juruanimasi, penulis, artis, barisan bintang dan ramai lagi pencipta yang bersemangat. Kami mengadakan sesi Soal Jawab dengan individu yang merealisasikan Arcane untuk bercakap tentang detik kegemaran mereka, interaksi lucu dan cara Arcane dihasilkan.
Amaran Spoiler, jika anda belum melihat sembilan episod Arcane itu, akan ada spoiler dalam video ini. Jadi apa kata anda habiskan dahulu siri ini di Netflix dan tandakan video ini untuk ditonton kemudian.
Notes from the Undercity
Pusha T, Bones UK, Mako, Miyavi, dan PVRIS menggegarkan pentas dengan Notes from the Undercity, persembahan muzik secara langsung yang menampilkan lagu-lagu asli daripada runut bunyi Arcane.
Hypixel Studios Menghidupkan Hytale
Pada tahun 2020, sekumpulan genius dari Hypixel Studios menyertai keluarga Riot. Kami menjadi peminat setia Hytale sejak treler pertama dikeluarkan dan mereka memberikan kemas kini tentang permainan blok dikuasakan komuniti mereka yang menggabungkan skop kotak pasir kreatif dengan kedalaman permainan main peranan.
Perkembangan Project L
Kami ada memberikan sedikit bayangan tentang permainan pertempuran kami yang akan datang semasa ulang tahun kesepuluh League of Legends 2019. Walaupun permainan ini masih jauh lagi perjalanannya, pasukan kami bekerja keras untuk mencipta semula permainan terbaik untuk peminat FGC. Lihat Tom dan Tony Cannon, adik beradik yang memimpin Project L, menunjukkan cara hoverboard Ekko dan Z-Drive akan menjadikannya sebahagian daripada ahli pasukan kental dalam Projek L:
Untuk maklumat lanjut tentang Cannons dan Project L, sila lihat catatan blog ini.
Pengesahan Musim Kedua Arcane
Sejak beberapa minggu lalu, kami amat kagum dengan semangat dan sokongan anda terhadap Arcane. Dengan berakhirnya Arcane, kami faham perasaan anda semua: Anda semua mahukan lebih banyak Arcane. Kami pun sama.
Kami teruja untuk mengesahkan bahawa musim kedua Arcane sudah pun dalam pembikinan, akan terus dibuat oleh kami, dan TIDAK akan mengambil masa enam tahun lagi. Kami akan kongsikan maklumat lanjut dengan anda tidak lama lagi.
Jika anda masih belum puas, sambutan Arcane dalam permainan masih belum selesai, jadi pastikan anda menyertai acara tersebut dan kumpulkan ganjaran anda sementara masih boleh. Pemain League akan melihat beberapa lagi cerita muncul dalam Arkib Council, dan World of RiotX Arcane kekal dibuka sehingga 15 December.
Sememangnya kami berhasrat untuk mencipta detik di seluruh ekosistem Riot yang membolehkan semua orang boleh berkumpul untuk meraikan cinta yang sama terhadap dunia ini. Terima kasih kerana menjadikan detik ini tidak dapat dilupakan. Kami tidak pernah rasa teruja sebegini terhadap masa depan.