Battle Bus Fortnite akan menjadi semakin huru-hara. Jinx membuat kemunculannya di Fortnite sebagai sebahagian daripada event RiotX Arcane kami, sambutan selama sebulan untuk pelancaran Arcane, siri animasi TV pertama kami.
Ini akan menjadi kali pertama seorang champion League of Legends menyertai permainan di luar permainan kami—dan kami teramatlah teruja. Menunggang roket adalah cara perjalanan pilihan Jinx, jadi kami fikir dia akan selesa di Fortnite.
Beberapa item bertemakan Jinx juga akan muncul di kedai Fortnite apabila ia refresh pada 5 November pukul 8 pagi GMT+8 termasuk:
- Outfit Arcane Jinx
- Pickaxe Pow Pow Crusher
- Spray Jinxed
- Back Bling Jinx’s Dream Monkey
- Lagu Lobby Playground (Instrumental)
- Skrin Muat Wreaking Havoc
- Skrin Muat Katchoo!
Sambil Fortnite terkena Jinx, kedai Epic Games akan melihat kemasukan permainan kami kerana League of Legends, Teamfight Tactics, Legends of Runeterra dan VALORANT akan tersedia di platform tersebut buat kali pertama.
Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Epic Games dalam sesuatu dalam permainan, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pembangun yang berkongsi komitmen kami untuk membawakan pengalaman hiburan yang hebat kepada pemain.
Sebagai tambahan kepada semua yang telah kami rancang untuk permainan kami sendiri, acara RiotX Arcane memperluaskan alam League ke dunia permainan lain dan kami teruja untuk melihat lebih ramai pemain mendapat peluang untuk bermain dengan champion kegemaran kami.
Pastikan anda melawat RiotXArcane.com untuk mengikuti perkembangan terkini tentang semua perkara Arcane termasuk tempat untuk menonton tayangan perdana—sama ada Netflix, Twitch atau Tencent Video—apabila ia disiarkan pada 7 November pukul 10 pagi GMT+8.