Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

LAPORAN IMPAK TAHUNAN 2022

Tonton Sekarang

Nota daripada Pemimpin Kami

Pemain merupakan penggerak utama di sebalik semua usaha kami. Keupayaan kami untuk berkhidmat kepada komuniti di seluruh dunia dengan permainan dan pengalaman yang memberikan kesan mendalam hanya berlaku kerana Rioter sentiasa berusaha untuk mengatasi batasan kemungkinan untuk mengembangkan pengalaman pemain. Usaha untuk mengembangkan budaya dan memberikan impak global merupakan tanggungjawab yang amat besar. Hasil ini bukanlah datang daripada hanya seorang individu atau kumpulan, tetapi merupakan titik peluh pemain, rakan kongsi dan Rioter yang bersama-sama bekerjasama dalam membuahkan hasil tersebut. 

Pasukan kami berkongsi matlamat untuk mencipta masa hadapan permainan yang lebih memuaskan hati, inklusif dan berkepelbagaian. Apabila Riot mula berkongsi laporan ini pada tahun 2019, laporan ini merupakan usaha Riot untuk menjadi telus. Ketelusan dari segi data kami, program yang kami bangunkan dan kemajuan yang kami lakukan di seluruh pelosok perniagaan kami. Setiap tahun, matlamat laporan ini adalah untuk menunjukkan kemajuan kami semakin kami memanjat gunung ke arah dunia dan masa hadapan yang lebih baik bagi Riot, industri permainan dan pemain. 

- Patty Dingle, Ketua Kepelbagaian & Keterlibatan Global dan Jeffrey Burrell, Ketua Impak Sosial Global 

Ini ialah petikan tahap tinggi bagi Laporan Impak tahunan kami, jika anda ingin membaca laporan penuh, muat turun laporan di atas.

Orang

Seperti bebola salji Willump yang bergolek merentasi Freljord, Riot Games sedang berkembang... dengan cepat.

Sejak tahun 2019, Riot telah berkembang lebih dua kali ganda dari segi jumlah saiz daripada 2,000 orang pekerja kepada melebihi 4,000 orang pekerja. Sepanjang tempoh itu, kami bertukar daripada hanya memiliki satu permainan kepada lima permainan, kami telah meluaskan lagi capaian kami kepada TV dengan siri Arcane yang memenangi anugerah Emmy dan kami juga telah melancarkan lebih banyak litar e-sukan untuk membawakan tahap pertandingan tertinggi kepada peminat di seluruh dunia.

Sokongan

Komuniti yang kami pupuk dalam Riot telah memberikan kesan riak kepada komuniti global yang kami sokong dan berkhidmat.

Apabila kami bersatu dengan pasukan kami dan dengan orang yang mengalu-alukan kami kepada pengalaman kehidupan mereka, kami menyatukan mozek budaya yang membentuk Riot Games.

Pengalaman
Pemain Global

Semua usaha yang dilakukan oleh Riot akhirnya akan menuju ke permainan kami dan individu di seluruh dunia yang bermain permainan kami setiap hari.

Pada tahun 2022, pemain menyemarakkan kempen badan amal yang menyumbang berjuta-juta dolar kepada perjuangan penting. Kami memanfaatkan penetapan minda global untuk memastikan watak kami berkepelbagaian, berperwakilan dan unik untuk budaya di seluruh dunia serta menjadi lebih dekat dengan tempat pemain bermain permainan dengan melabur dalam infrastruktur baharu dan penyetempatan yang lebih baik. 

Diverse champions and agents from Riot Games

8 champion dan ejen baharu membawakan identiti dan budaya baharu ke Runeterra dan VALORANT

Semua champion dan ejen yang dikeluarkan pada 2022 adalah dari atau diilhamkan oleh kumpulan yang kurang diwakili.

Kepercayaan &
Keselamatan

Melindungi pemain bermaksud melabur dalam kepercayaan dan keselamatan.

Dasar kami adalah untuk mengikuti dan membantu dalam menetapkan amalan terbaik industri untuk memastikan ruang dalam talian adalah selamat, terjamin dan lebih baik bagi semua orang yang berinteraksi dengan permainan kami. Daripada pasukan data, privasi & keselamatan kami kepada pasukan dinamik pemain di seluruh syarikat, Rioter berdedikasi dalam memastikan pengalaman permainan yang selamat.

Generasi
Seterusnya

Kami berbesar hati dengan kerja yang telah kami lakukan pada tahun 2022 dan kemajuan yang kami telah buat di beberapa bidang.

Semakin kami memfokuskan ke arah generasi seterusnya bagi pembangun permainan, minda kreatif dan Rioter, kami menyasarkan untuk membuka lebih banyak peluang kepada komuniti yang kurang diwakili dan membantu untuk menjadikan industri permainan sebuah tempat yang adil dan selamat bagi semua individu.

Detik Penting

  • Telah mendermakan sebanyak $2.25 juta untuk menyalurkan dana kepada pembinaan SoLa Technology and Entrepreneurship Center yang dikuasakan oleh Riot Games yang akan mempengaruhi 1,000+ pelajar setiap tahun di LA Selatan 
  • Telah menganjurkan VCT Game Changers Global Championship yang pertama

Kelestarian

Tahun lepas kami telah memperkenalkan Kelestarian sebagai tiang terbaharu kami dengan strategi kami serta bidang yang sedang kami fokuskan: Elakkan, Kurangkan dan Ringankan.

Kami telah meluangkan tahun 2022 dengan melakukan penyelidikan secara mendalam dan mengira Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) pertama kami dari tahun 2021 untuk membantu kami memahami pelepasan Skop 1-3 kami, asal usul pelepasan tersebut dan cara kami boleh mengurangkan pelepasan tersebut untuk kemudian menentukan peluang yang betul bagi laluan yang terbaik ke arah masa hadapan.

Pelepasan Skop 3 mengikut kategori

Oleh sebab Skop 3 mengambil kira bahagian terbesar jejak karbon kami, kami telah memecahkan Skop 3 kepada kategori tertentu.
Barangan & Perkhidmatan Dibeli72.3%
Barangan Modal3.5%
Aktiviti Berkaitan Dengan Bahan Api & Tenaga1.5%
Perjalanan Perniagaan5.3%
Perjalanan Pergi dan Pulang Pekerja Dari Tempat Kerja4.0%
Aset Disewa Huluan12.4%
Francais0.4%

Muat turun Laporan Impak penuh

Muat Turun