Frequently Asked Questions
Saya tidak tinggal di mana-mana bandar yang mempunyai pejabat Riot. Adakah terdapat peluang untuk bekerja secara jarak jauh?
Kami mengambil pendekatan hibrid dengan memberikan kepercayaan kepada pasukan untuk menentukan rentak yang sesuai bagi kerja secara bersemuka berbanding dengan secara jarak jauh. Kebanyakan Rioter tinggal di negeri yang sama dengan pejabat mereka sendiri (atau negara yang sama dalam kes pejabat global kami).
Bolehkah saya memohon untuk beberapa jawatan?
Kami mahu pemohon berfikir secara mendalam tentang kemahiran dan minat mereka—dan kesesuaian mereka dengan pekerjaan yang tersedia di Riot. Anda tidak memberikan gambaran yang baik jika anda memohon sebanyak mungkin jawatan kosong.
Adakah saya perlu mengemukakan surat pengiring?
Surat pengiring ialah cara yang baik untuk menerangkan diri anda, sebab anda ingin bekerja di Riot dalam peranan khusus anda dan mempamerkan keperibadian anda.
Saya baru tamat pengajian dan tiada pengalaman bekerja—perlukah saya memohon?
Setiap huraian kerja menyenaraikan pengalaman berkaitan yang diperlukan.
Adakah saya perlu dirujuk untuk bekerja di Riot?
Rujukan boleh membantu permohonan anda, tetapi keupayaan calon ialah penentu akhir sama ada kami akan meneruskan temu duga tersebut atau tidak.
Berapa lamakah proses temu duga itu?
1. Serahan permohonan - Kami akan cuba memberi maklum balas dalam masa empat minggu jika ingin meneruskan.
2. Panggilan Perekrut - Sebelum temu duga rasmi, Perekrut akan menghubungi anda untuk perbualan ringkas tentang latar belakang dan minat anda.
3. Temu duga telefon - Jika Perekrut menemui peranan yang sesuai, anda mungkin akan menjalani satu atau dua temu duga melalui telefon, satu panggilan menumpukan pada kemahiran terpakai anda dan satu lagi menumpukan pada situasi yang anda temui di tempat kerja.
4. Ujian Kemahiran - Dalam kes tertentu, anda akan diminta untuk menunjukkan kepakaran anda dalam bidang kraf anda.
5. Temu Duga Secara Bersemuka - Kami akan mengaturkan lawatan ke pejabat Riot tempatan anda, dan anda akan menjalani beberapa siri temu duga.
Temu duga ini mencabar tetapi secara idealnya proses ini bertujuan untuk mengetahui sama ada kami dan anda benar-benar serasi.
Saya ingin mengubah sesuatu pada permohonan saya yang diserahkan, apakah yang perlu saya lakukan?
Sebelum menekan SEND, sila pastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini (termasuk resume dan surat pengiring anda) kerana anda tidak akan dapat mengubah suai permohonan anda selepas penyerahan.
Berapakah umur yang boleh dibenarkan bekerja di Riot?
Kami hanya mempertimbangkan pemohon yang berumur 18 tahun ke atas.
Apakah yang perlu saya pakai untuk video atau temu duga di lokasi?
Kami mengamalkan persekitaran yang santai. Kami percaya anda patut menjadi diri sendiri (dan ini termasuk gaya pemakaian anda).
Saya pernah ditemu duga/memohon tahun lepas dan tidak terpilih. Bolehkah saya memohon semula?
Keperluan berubah dan orang berkembang. Jika anda telah membuat kemajuan sejak permohonan terakhir, anda bebas untuk memohon peranan yang sesuai.
Saya mahu bekerja di salah satu pejabat global Riot tetapi saya bukan warganegara negara itu. Adakah perkara ini mustahil?
Bekerja secara global bergantung pada sekatan imigresen negara/rantau yang berkaitan. Jika anda memohon jawatan di pejabat global, pasukan perekrut akan menghubungi anda jika mereka menemui apa-apa padanan.