Proses Onboarding
Penempatan semula
Penempatan semula adalah perbualan yang penting, dan kami faham setiap situasi adalah berbeza. Perekrut anda dilengkapi dengan semua maklumat terkini dan boleh menerangkan pilihan anda.
Bekerja Dari Jauh
Disebabkan COVID-19, sesiapa yang boleh bekerja dari jauh melakukan perkara itu. Rioter kekal berhubung dengan pasukan mereka melalui slack, google hangouts, e-mel dan sejuta kaedah lain bergantung pada situasi. Kami faham Rioter juga mempunyai kewajipan lain dan kami sedia untuk membantu dalam apa jua cara yang kami boleh.
Orientasi untuk Rioter Baharu atau Denewbification
Program Denewb kami telah menemui cara untuk membawa pengalaman penuh ke rumah anda! Ini bermakna anda akan belajar tentang sejarah, nilai dan matlamat Riot secara maya. (Terdapat juga penapis Snapcam hebat yang membolehkan anda terus memakai topi Teemo anda!)
Peralatan Kerja
Jika anda memulakan kerja dari jauh, pasukan IT kami akan memastikan anda mempunyai semua yang diperlukan untuk terus bekerja pada hari pertama! Mereka telah mengoptimumkan cara kami menghantar perkakasan dan membekalkan peralatan serta perisian untuk menjadikan kerja dari rumah semudah mungkin.
Bantuan dan Sokongan IT
Pasukan IT dan pengurus kami telah bersedia untuk membantu dengan isu besar dan kecil. Bekerja dari rumah mempunyai cabaran tersendiri, dan kami berusaha dengan gigih untuk memastikan isu teknikal diperiksa dan dikendalikan dengan sewajarnya.
Susunan Kerja
Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza semasa situasi ini dan pengurus anda akan bekerjasama secara langsung dengan anda untuk menyediakan rancangan bagi menyesuaikan gaya kerja anda. Kami menyedari bahawa ibu bapa melakukan dua tugas sebagai pendidik, menjaga ahli keluarga, dan kehidupan secara amnya berubah untuk hampir semua orang. Pengurus anda akan memahaminya dan menyediakan semua maklumat, latihan dan sokongan yang diperlukan untuk membantu anda di rumah.
Kekal Terhubung
Masa Sosial
Daripada masa permainan pilihan di seluruh Riot kepada tempat melepak pasukan maya, Rioter berdedikasi untuk kekal berhubung semasa bekerja dari rumah. Sama ada anda bermain dengan rakan Rioter atau keluarga anda, bermain permainan ialah rehat yang baik daripada tekanan harian anda. BRB, kena habiskan permainan TFT ini! Bincang dengan pasukan anda secara terbuka tentang perkara yang mereka lakukan untuk kekal waras dan mereka akan sedia untuk memberikan cadangan.
Mengikuti Perkembangan
Pasukan Kesinambungan Perniagaan Riot meletakkan keselamatan Rioter sebagai perkara utama dalam setiap keputusan. Mereka berusaha untuk memaklumkan semua orang tentang pendekatan Riot semasa COVID-19 dengan kemas kini yang kerap tentang situasi COVID-19 daripada kepimpinan peringkat C. Ketelusan ialah dasar terbaik dan kami mahu anda mempunyai semua alat yang diperlukan untuk menyesuaikan diri.