Jump to Main ContentJump to Primary Navigation
Nilai-nilai Kami

Kami Mengutamakan Pemain

Segala yang kami lakukan adalah demi berkhidmat kepada pemain. Fokus berterusan ini memberi inspirasi kepada pengalaman permainan yang paling bermakna dan berkekalan.

Khidmat terperinci kepada teras

Kami memusatkan perhatian pada kumpulan pemain tertentu yang paling mengambil berat, kerana kami tahu mereka akan membawa orang lain untuk bermain permainan kami. Kami berkembang seiring dengan perkembangan mereka - mempelajari perkara yang diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka dan melebihi jangkaan mereka.

Menjadi sebahagian daripada komuniti

Kami menemui pemain di tempat mereka berada dan dengan penuh empati. Setiap interaksi merupakan peluang untuk menambah nilai, mengukuhkan hubungan kami dan memberi mereka rasa pemilikan dalam permainan yang mereka gemari.

Memupuk ekosistem yang berkembang maju

Permainan kami harus adil, selamat dan mesra untuk sesiapa sahaja yang ingin menyukainya. Kami mendorong diri kami untuk mereka bentuk produk dan mencipta persekitaran yang membolehkan hal tersebut berlaku.

Menyokong pemain di mana-mana sekalipun

Pelaburan yang kami lakukan, usaha yang kami jalankan dan isu yang kami tangani harus memberi manfaat kepada pemain di seluruh dunia - tidak kira identiti mereka, mahupun budaya atau negara yang mereka tinggal.

Identiti Kami

Riot Games telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk membina permainan dan pengalaman yang menjadikannya lebih baik untuk menjadi pemain. Sejak itu kami telah berkembang kepada lebih 4,500 Rioter merentasi lebih daripada 20 pejabat di seluruh dunia, membawa perspektif global kepada permainan yang kami cipta dan watak dalam setiap permainan. Dari jalanan Piltover ke Makmal Radianite di Alpha Earth, kami berdedikasi sepenuhnya dalam mencipta permainan dan berkhidmat kepada orang yang menyukainya.

League Of Legends

League Of Legends

Permainan yang memulakan segalanya. Dengan lebih daripada 160 champion mencipta asas bagi dunia Runeterra, prestasi League kekal tinggi dalam dekad kedua bersama dengan pemain di seluruh dunia.
Lawati Laman Web

VALORANT

VALORANT

Permainan FPS pertama dan e-sukan utama kedua kami, VALORANT meninggalkan dunia Runeterra untuk Alpha Earth dengan ejen-ejen protokol VALORANT mencerminkan dunia di sekeliling kami.
Lawati Laman Web

Teamfight Tactics

Teamfight Tactics

Permainan strategi PC yang paling kerap dimainkan di dunia menyaksikan ahli taktik bersaing mendapatkan champion Runeterra yang paling baik untuk melengkapkan komposisi mereka.
Lawati Laman Web

League of Legends: Wild Rift

League of Legends: Wild Rift

League, tetapi dibina untuk peranti mudah alih. Dengan identiti dan gaya permainan yang unik, Wild Rift membawakan League kepada pemain yang berjiwa aktif.
Lawati Laman Web

Legends of Runeterra

Legends of Runeterra

Tempat wujudnya Path of Champions, pengalaman PvE yang menyaksikan pemain membina dek secara langsung dan mengalami kisah-kisah di dunia Runeterra.
Lawati Laman Web

Komitmen Kami

KAMI BERSIFAT GLOBAL

Ibu pejabat kami terletak di Los Angeles yang cerah, tetapi kami berkhidmat kepada pemain melalui pejabat di seluruh dunia. Merentasi pejabat global kami, para Rioter membentuk pengalaman permainan untuk pemain di rantau mereka. Kami sedang mencari pemain bersemangat yang juga merupakan pemimpin dalam bidang mereka untuk membantu kami menyampaikan nilai kepada pemain – tanpa mengira tempat mereka bermain. 

Terokai Pejabat Kami