Bakat
Riot hari ini bertanggungjawab terhadap Riot masa hadapan. Usaha ini dimulakan dengan mewujudkan akses yang lebih besar kepada peluang untuk Rioter kami serta komuniti secara keseluruhan melalui gabungan program dalaman dan perkongsian luaran.
Women@Riot
Women@Riot ialah program global untuk Rioter yang direka untuk mencapai tiga objektif:
- Pembangunan Profesional - membina kemahiran dan alatan untuk membantu mengemudi kerjaya
- Pembangunan Peribadi - membina daya tahan dan keyakinan dalam dan di luar kerja
- Pembinaan Komuniti - menyediakan peluang dalaman dan luaran untuk melibatkan diri dan berhubung
Tema Women@Riot ialah "Naik Level", kami berhasrat untuk membolehkan dan menggalakkan peserta kami "Naik Level" secara peribadi dan profesional melalui bengkel terpilih, acara sosial dan program mentor/mentee untuk Rioter di kesemua 20+ pejabat kami.
Perkongsian Gaming ‘Cxmmunity’ Co.
Kami bekerjasama dengan Gaming 'Cxmmunity' Co., sebuah organisasi bukan untung yang misinya adalah untuk meningkatkan penyertaan minoriti dalam industri e-sukan dan permainan supaya terdapat peluang yang sama apabila pekerjaan dan profesion baharu dicipta. Kami bersama-sama menumpukan pada penglibatan belia dan pelajar melalui bengkel maya, program komuniti dan akhirnya mendapatkan calon daripada rangkaian pelajar Cxmmunity. Kami juga bekerjasama untuk menganjurkan "The KickBack,” sebuah acara selama dua hari untuk pelajar sekolah menengah dan Kolej dan Universiti Orang Kulit Hitam (HBCU) yang kurang diwakili dengan matlamat untuk menghapuskan beberapa halangan yang dialami pelajar Kulit Hitam sambil mereka menumpukan pada peluang dalam permainan pada masa hadapan.