Jump to Main ContentJump to Primary Navigation

Notis privasi

Terakhir diubah suai: 15 September, 2023

Selamat datang ke Riot Games! Notis privasi kami menjelaskan maklumat apa yang dikumpulkan oleh Riot Games ketika anda mengunjungi atau menggunakan Perkhidmatan Riot, serta cara-cara yang mungkin kami gunakan atau kongsikannya. Kami hanya menerangkan amalan kami sendiri - notis ini tidak terpakai terhadap pihak ketiga yang kami tidak miliki atau kawal, termasuk syarikat-syarikat lain dengan mana anda mungkin berinteraksi pada atau melalui Perkhidmatan Riot (lihat Laman Web dan Perkhidmatan Pihak Ketiga).

Riot Games, Inc. beribu pejabat di Los Angeles. Riot Games, Inc. dan anak syarikatnya adalah sebahagian daripada kumpulan global syarikat permainan berafiliasi dengan pejabat-pejabat dan operasi di seluruh dunia (lihat Pemprosesan Data Antarabangsa). Apabila kami mengatakan "Riot Games" (atau hal serupa seperti "kami" atau "kita"), kami merujuk kepada entiti Riot Games atau, jika terpakai, entiti yang mengawal dan bertanggungjawab atas maklumat anda (lihat Hubungi Kami untuk melihat siapa itu).

Apabila kami mengatakan "Perkhidmatan Riot,” kami maksudkan apa-apa permainan, laman web, aplikasi, kandungan hiburan dan perkhidmatan yang mengandungi pautan ke notis ini, tidak kira bagaimana anda mengakses atau menggunakan mereka atau melibatkan diri dengan kami, termasuk melalui peranti mudah alih atau luar talian seperti melalui telefon. Penggunaan Perkhidmatan Riot oleh anda juga tertakluk kepada Terma-terma Perkhidmatan di rantau anda (termasuk peruntukannya mengenai had atas ganti rugi, penyelesaian pertikaian, dan pemakaian undang-undang yang mentadbir). Sila baca keseluruhan notis ini untuk memastikan anda memahaminya. Anda juga harus membaca Terma-terma Perkhidmatan dengan teliti, dan pastikan anda memahami dan menyetujuinya sebelum menggunakan Perkhidmatan Riot.

Kami menggalakkan anda menggunakan ciri-ciri interaktif notis untuk membimbing anda. Kami telah menulis ringkasan untuk mengenal pasti isu-isu utama yang dibincangkan dalam banyak seksyen secara sepintas lalu. Walau bagaimanapun, ringkasan ini bertujuan semata-mata untuk mempermudah sesuatu dan notis penuh harus dibaca kerana ia menjadi keutamaan sekiranya terdapat ketaksaan atau konflik (jadi pastikan membaca keseluruhannya dengan teliti!) Klik pada pautan "Ketahui Lebih Lanjut" untuk maklumat lebih lanjut mengenai topik tertentu yang menarik minat anda. Untuk zip antara seksyen-seksyen, gunakan pautan "Kembali Ke Atas" dan Jadual Kandungan di bawah.

Sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian notis, Hubungi Kami dengan pertanyaan.

Sila ikuti pautan yang terpakai untuk maklumat tambahan yang penting sekiranya anda menetap diPersekutuan Rusia atauTurki.

Jadual Kandungan

Luaskan Semua | Runtuhkan Semua

I. MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN

Ringkasan: Kami mengumpulkan maklumat dalam tiga cara utama:

  • Anda memberi sebahagiannya secara langsung (seperti dengan mendaftar untuk akaun).
  • Kami merakam sebahagiannya secara automatik (termasuk dengan teknologi seperti kuki).
  • Kami menerima sebahagiannya dari pihak ketiga (seperti syarikat media sosial).

Jenis maklumat yang kami kumpulkan biasanya bergantung pada bagaimana anda berinteraksi dengan kami, seperti Perkhidmatan Riot yang anda gunakan dan bagaimana anda menggunakannya.

A. Maklumat yang Anda Berikan

Ringkasan: Kami mengumpulkan maklumat yang anda pilih untuk bekalkan. Anda tidak perlu berkongsi maklumat apabila kami memintanya, tetapi jika anda menolak, anda mungkin tidak dapat mengakses Perkhidmatan Riot tertentu atau memanfaatkan fungsi penuh mereka.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

B. Maklumat yang Kami Kumpulkan Secara Automatik

Ringkasan: Kami secara automatik mengumpul beberapa maklumat mengenai cara anda berinteraksi dan menavigasi Perkhidmatan Riot, serta peranti dan perisian yang anda gunakan untuk berbuat demikian.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

C. Maklumat Yang Kami Kumpulkan Dari Pihak Ketiga

Ringkasan: Kadang kala kami mendapat maklumat dari pihak ketiga untuk digunakan bersama dengan maklumat yang kami kumpulkan. Sebagai contoh, jika anda menghubungkan akaun Facebook anda dengan akaun Riot Games anda, Meta mungkin berkongsi maklumat dengan kami selaras dengan notis privasi Facebook dan tetapan privasi Facebook anda. Meta juga berkongsi maklumat dengan kami mengenai penggunaan Riot Games rasmi kami dan laman peminat permainan khusus oleh anda di Facebook. Kami juga, sebagai contoh, mengumpul maklumat pengiklanan dan analisis daripada pihak ketiga untuk membantu menyokong inisiatif pemasaran kami, memperbaiki Perkhidmatan Riot, dan menguruskan kempen iklan kami dengan lebih baik.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

D. Kategori-Kategori Maklumat Peribadi yang Dikumpulkan dan Didedahkan

Secara ringkasan, bergantung pada penggunaan Perkhidmatan Riot oleh anda, kategori-kategori maklumat peribadi berikut mungkin telah dikumpulkan dan didedahkan untuk tujuan perniagaan dalam 12 bulan sebelumnya:

  • Pengecam, termasuk nama, nama dalam permainan, nama pengguna, alamat e-mel, alamat pengebilan, nombor telefon, alamat-alamat IP, ID peranti unik, dan pengecam dalam talian
  • Ciri-ciri klasifikasi-klasifikasi dilindungi di bawah undang-undang negeri atau persekutuan, termasuk tarikh lahir, umur, jantina, dan maklumat kesihatan berkaitan kebolehaksesan
  • Maklumat komersial, termasuk interaksi dengan Perkhidmatan Riot, maklumat sokongan pelanggan, sejarah pembelian, kaedah pembayaran, dan maklumat pembayaran lain
  • Internet atau maklumat aktiviti rangkaian elektronik lain, termasuk penggunaan Perkhidmatan Riot (cap masa, klik, tatal, masa melayari, melayari peta haba, carian, halaman rujukan/keluar, dan aktiviti dan interaksi-interaksi dalam permainan pelanggan kami, termasuk log perbualan), komputer atau peranti (keupayaan pemprosesan, pengilang dan model, bahasa dan tetapan serantau lain, dan resolusi skrin dan tetapan yang serupa), sambungan ke Perkhidmatan Riot (jenis dan versi penyemak imbas, nama dan versi sistem operasi, ISP, dan tetapan pilihan anda), bagaimana prestasi Perkhidmatan Riot (masalah memuatkan dan masa tindak balas), platform pihak ketiga dan data penggunaan, dan maklumat pengiklanan dan analisis
  • Data geolokasi, termasuk negara, dan suatu lokasi kasar yang diperoleh daripada alamat IP
  • Audio, elektronik, visual, haba, deria bau, atau maklumat yang serupa, termasuk perbualan audio dan teks, rakaman permainan dan maklumat berkenaan (susunan binaan, dan aksi dalam permainan)
  • Maklumat lain, termasuk data tinjauan (keutamaan, minat, maklumat demografi umum, hobi, permainan kegemaran), dan maklumat penyertaan pertandingan
  • Kesimpulan yang diambil daripada kategori maklumat yang tidak sensitif di atas, termasuk keutamaan pengguna. Kami tidak menyimpulkan ciri-ciri menggunakan maklumat peribadi sensitif.

Kembali Ke Atas

II. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL INFO

Ringkasan: Sebagai tambahan kepada maklumat yang anda berikan, kami dan rakan kongsi kami merekod secara automatik beberapa maklumat mengenai cara anda menggunakan dan menavigasi Perkhidmatan Riot. Kami mungkin menggabungkan maklumat ini dengan maklumat lain yang kami kumpulkan dari atau tentang anda seperti yang dijelaskan dalam notis ini, termasuk untuk menguatkuasakan Terma-terma Perkhidmatan kami dan untuk tujuan analitis dan pengiklanan.

A. Kuki & Teknologi Berkaitan

Ringkasan: Kami menggunakan server dan teknologi kami sendiri seperti kuki untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumat secara automatik tentang bagaimana anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Riot, serta peranti yang anda gunakan untuk melakukannya.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

B. Analitis & Iklan Berdasarkan Minat

Ringkasan: Kami bekerjasama dengan pihak ketiga (seperti pembekal kandungan, syarikat analitis, dan rangkaian iklan) untuk membantu kami memperbaiki Perkhidmatan Riot dan lebih memahami bagaimana anda berinteraksi dengan mereka, serta menyokong inisiatif pemasaran kami. Syarikat-syarikat ini mungkin mengumpulkan maklumat dari anda secara automatik sehubungan dengan lawatan anda.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

C. Halaman Peminat Facebook

Ringkasan: Riot Games mempunyai halaman peminat Facebook yang rasmi. Ini termasuk halaman peminat Riot Games dan permainan khusus yang rasmi. Meta mengumpulkan data dari halaman ini selaras dengan polisi privasinya dan memberikan statistik dan pandangan kepada Riot Games untuk membantu kami memahami jenis tindakan yang diambil oleh orang di halaman peminat kami (“data wawasan”). Facebook Ireland Limited, 4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2 Ireland (“Facebook Ireland”) dan Riot Games adalah pengawal bersama untuk pengumpulan data wawasan.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

III. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DAN BERKONGSI MAKLUMAT

Ringkasan: Kami menggunakan dan berkongsi maklumat anda selaras dengan dasar undang-undang yang dinyatakan di bawah untuk membantu kami memberikan, mengendalikan, memperbaiki, memahami, menyesuaikan, menyokong dan memasarkan Perkhidmatan Riot.

A. Dasar Undang-undang

Ringkasan: Kami menggunakan dan berkongsi maklumat anda (i) untuk memberikan perkhidmatan di bawah Terma-terma Perkhidmatan, (ii) dengan persetujuan anda, (iii) demi kepentingan sah kami atau orang lain (seperti keselamatan, perlindungan, dan memberikan perkhidmatan yang disesuaikan), dan (iv) kerana sebab undang-undang lain.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

B. Menggunakan Maklumat

Ringkasan: Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan (baik secara individu dan bersama dengan maklumat lain yang dikumpulkan di bawah notis ini) untuk membantu kami mengendalikan perniagaan kami, memberikan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami, berkomunikasi dengan anda, dan beriklan dengan berkesan. Cara tertentu kami menggunakan maklumat anda sering bergantung pada cara anda memilih untuk menggunakan Perkhidmatan Riot.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

C. Berkongsi Maklumat

Ringkasan: Kami tidak berkongsi maklumat hubungan anda (seperti alamat e-mel atau rumah anda) dengan pihak ketiga yang bebas tanpa pengetahuan anda kecuali seperti yang dijelaskan dalam notis ini (seperti untuk menguatkuasakan Terma-terma Perkhidmatan, melindungi Perkhidmatan Riot, atau jika kami dikehendaki berbuat begitu oleh undang-undang atau bertindak balas terhadap proses undang-undang). Kami tidak menjual maklumat anda kepada pihak ketiga yang bebas. Kami juga tidak berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga yang bebas untuk pengiklanan tingkah laku merentas konteks. Kami berkongsi maklumat bukan hubungan (seperti Nama Pemanggil anda, sejarah pertandingan, statistik permainan, dan maklumat agregat atau anonim lain), termasuk secara terbuka melalui Riot Games API.

Sekiranya kami berhenti memberikan Perkhidmatan Riot atau bahagian-bahagian tertentu (seperti jika kami dibeli atau diserang oleh Yordles), kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pembeli. Terakhir, ingati perkara yang anda kongsi dalam ciri sosial (seperti bualan bersuara dan teks) bersifat umum - harap berhati-hati dengan cara anda menggunakannya dan jika anda sensitif terhadap mana-mana maklumat, jangan berkongsinya pada bualan bersuara atau teks!

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

D. Komunikasi & Tingkah Laku Pemain

Kami telah memberi kuasa kepada pemain kami untuk bantu menguatkuasa polisi kami (misalnya, polisi penggunaan dan tingkah laku yang boleh diterima yang kami menerbitkan dari masa ke masa pada laman web, aplikasi dan permainan kami) yang berkaitan dengan tingkah laku dalam permainan tertentu. Sebagai contoh, pemain boleh saling melaporkan satu sama lain dan menyerahkan maklumat tentang aktiviti dan tindakan dalam permainan mereka untuk membantu kami menentukan sama ada tingkah laku yang dilaporkan merupakan pelanggaran peraturan dan prosedur yang terpakai untuk tingkah laku pemain, serta sebarang akibat yang berpotensi darinya (seperti penggantungan akaun sementara atau kekal atau sekatan bualan).

Kami juga merekod dan menyimpan, dan berhak (tetapi tiada kewajipan) untuk memantau, bualan bersuara dan teks dan perincian serupa mengenai interaksi pilihan untuk jangka masa yang kami tetapkan sesuai untuk membantu kami, antara lain, mengatasi tingkah laku mengganggu, memperbaiki perkhidmatan kami, menguatkuasakan peraturan dan polisi kami serta Terma-terma Perkhidmatan, dan memupuk komuniti permainan yang lebih positif untuk pemain kami. Kami terlibat dalam aktiviti ini untuk menguruskan hubungan kontrak kami dengan anda, mematuhi kewajipan undang-undang (misalnya, untuk memastikan Perkhidmatan Riot selamat dan terjamin), dan/atau kerana kami mempunyai kepentingan yang sah (misalnya, memahami bagaimana Perkhidmatan Riot digunakan, mengekalkan keselamatannya dan memperbaikinya).

Kami menggunakan kedua-dua alat dan teknik manual (seperti membolehkan anda melaporkan tingkah laku tersebut melalui tiket Sokongan Pemain) dan automatik (seperti pembelajaran mesin, transkripsi, dan analisis) untuk menyokong usaha ini.

Untuk membolehkan kami memantau kepatuhan terhadap polisi kami, kami mengembangkan corak templat tingkah laku yang tidak sesuai (contohnya, penyalahgunaan, ucapan benci, tipu, ancaman, nama yang menyinggung atau tidak wajar), yang kami anggap menunjukkan tingkah laku yang dilarang. Kami melakukan ini berdasarkan analisis tingkah laku sebenar di Perkhidmatan Riot. Kami menilai corak tingkah laku tidak wajar ini berdasarkan tahap berat mereka dengan akibat yang berbeza (contohnya, sekatan akaun sementara atau kekal atau sekatan komunikasi) untuk pemain berdasarkan betapa seriusnya tingkah laku mereka. Jika pemain lain membuat aduan mengenai tingkah laku anda, alat automatik kami menggunakan corak tingkah laku tidak wajar dan sistem penilaian ini untuk membandingkan tingkah laku anda dari masa ke masa dengan corak tingkah laku yang tidak wajar tersebut dan, jika anda terlibat dalam tingkah laku yang tidak wajar, membuat keputusan mengenai akibat ke atas anda bagi tingkah laku anda. Ini terutamanya membantu kami menguatkuasakan peraturan dan polisi kami, melindung Perkhidmatan Riot, mengesan dan mencegah aktiviti yang tidak dibenarkan, dan mengekalkan integriti persaingan permainan kami.

Prosedur aduan kami mungkin membolehkan anda membuat rayuan atas keputusan. Dalam kes ini, kami mungkin akan memberi anda maklumat yang menunjukkan rasional-rasional dan faktor-faktor yang menyumbang kepada keputusan tersebut berserta beberapa petua tentang cara mengelakkan tingkah laku tersebut pada masa depan. Sekiranya anda masih ingin merayu, anda boleh meminta salah satu ejen kami untuk mengkaji semula kes anda yang akan membuat keputusan akhir secara manual mengenai keputusan yang betul, berdasarkan bukti yang tersedia.

Harap bersikap baik terhadap pemain lain, perhatikan polisi kami yang berkaitan dengan tingkah laku pemain (termasuk Terma-terma Perkhidmatan kami), dan selalu bertimbang rasa terhadap cara anda berkomunikasi dengan orang lain!

E. Anti-Penipuan & Pencegahan Fraud

Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman permainan yang adil, seronok, dan kompetitif kepada para pemain dalam Perkhidmatan Riot. Terma-terma Perkhidmatan kami tegas melarang penggunaan program pihak ketiga yang tidak dibenarkan yang berinteraksi dengan Perkhidmatan Riot, termasuk mod, hack, menipu, skrip, bot, jurulatih, dan program automasi. Apabila anda membuat atau menggunakan akaun Riot Games, membeli barang dari kami, bermain permainan kami, atau berinteraksi dengan Perkhidmatan Riot, kami mungkin menggunakan teknologi anti-penipuan dan pencegahan fraud (seperti perisian anti-penipuan yang boleh berjalan dalam latar belakang peranti anda), yang boleh membuat keputusan automatik (seperti penggantungan akaun sementara atau kekal atau sekatan komunikasi, pembuangan kandungan, atau akses terhad kepada kandungan permainan) berdasarkan maklumat yang kami kumpulkan dari atau tentang anda (lihat Maklumat Yang Kami Kumpulkan). Kami terlibat dalam aktiviti ini untuk menguruskan hubungan kontrak kami dengan anda, untuk mematuhi kewajipan undang-undang (misalnya, untuk menjaga Perkhidmatan Riot dengan selamat), dan/atau kerana kami mempunyai kepentingan yang sah (misalnya, memahami bagaimana Perkhidmatan Riot digunakan, mengekalkan keselamatannya dan memperbaikinya).

Untuk membolehkan kami memantau kepatuhan terhadap polisi anti-penipuan dan pencegahan fraud kami, kami mengembangkan templat corak tingkah laku yang tidak wajar (contohnya, penipuan, fraud), yang kami anggap menunjukkan tingkah laku terlarang. Kami melakukan ini berdasarkan analisis tingkah laku sebenar pada Perkhidmatan Riot. Kami menilai corak tingkah laku tidak wajar ini berdasarkan tahap berat mereka dengan akibat yang berbeza (contohnya, sekatan akaun sementara atau kekal atau sekatan komunikasi, pembuangan kandungan, atau akses terhad kepada kandungan permainan) untuk pemain berdasarkan betapa seriusnya tingkah laku mereka. Alat automatik kami menggunakan corak tingkah laku tidak wajar dan sistem penilaian ini untuk membandingkan tingkah laku anda dari masa ke masa dengan corak tingkah laku yang tidak wajar dan, jika anda terlibat dalam tingkah laku yang tidak wajar, buat keputusan mengenai akibat ke atas anda bagi tingkah laku anda. Ini terutamanya membantu kami menguatkuasakan peraturan dan polisi kami, melindung Perkhidmatan Riot, mengesan dan mencegah aktiviti yang tidak dibenarkan, dan mengekalkan integriti persaingan permainan kami.

Prosedur aduan kami mungkin membolehkan anda membuat rayuan atas keputusan. Dalam kes ini, anda boleh meminta salah satu ejen kami untuk mengkaji semula kes anda yang akan membuat keputusan akhir secara manual mengenai keputusan yang betul, berdasarkan bukti yang tersedia.

Kembali Ke Atas

IV. LAMAN WEB DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Ringkasan: Kami membenarkan interaksi dengan pihak ketiga untuk menjadikan pengalaman anda lebih baik, tetapi notis kami tidak dan tidak dapat digunapakai untuk entiti yang tidak kami miliki, kawal, atau beri arahan. Kami tidak dapat menjamin bahawa pihak ketiga yang bebas mematuhi amalan yang sama seperti kami, jadi pastikan anda membaca polisi dan terma mereka sebelum berkongsi maklumat dengan mereka

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

V. Pemprosesan Data Antarabangsa

Ringkasan: Kami adalah sebuah syarikat permainan global yang beroperasi di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan Riot, maklumat anda mungkin diproses di mana sahaja kami atau rakan kongsi kami menjalankan perniagaan, termasuk Amerika Syarikat, dengan syarat langkah-langkah teknikal dan organisasi yang mencukupi berada dalam keadaan tersedia untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi anda.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

VI. HAK, PILIHAN DAN KAWALAN ANDA

Ringkasan: Anda mempunyai hak dan pilihan mengenai penggunaan Perkhidmatan Riot anda dan cara kami memproses maklumat. Oleh kerana anda boleh berinteraksi dengan kami dengan pelbagai cara, kawalan tertentu yang tersedia untuk anda sering bergantung pada sifat hubungan kami.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

VII. KESELAMATAN

Ringkasan: Kami komited untuk menjaga dengan selamat maklumat pemain dan mematuhi kewajipan kami terhadap undang-undang perlindungan data yang terpakai, tetapi tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan data yang kami kumpulkan daripada anda. Dengan memilih untuk berkongsi maklumat dengan kami (atau orang lain dalam talian hari ini), anda mengakui risiko ini.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

VIII. KEMASKINI DAN ULASAN

Ringkasan: Kami akan membuat perubahan pada polisi ini dari masa ke masa untuk memastikan anda menerima pengetahuan baik mengenai cara kami mengendalikan maklumat pemain.

Ketahui Lebih Lanjut


Kembali Ke Atas

IX. HUBUNGI KAMI

Untuk permintaan atau kebimbangan yang berkaitan dengan permainan (misalnya, masalah mengakses akaun anda, urusan pengebilan, ketersediaan kulit atau kandungan, melaporkan bug atau masalah teknikal yang serupa, membincangkan suatu larangan, membatalkan akaun, melaporkan pemain, dan lain-lain), sila hubungi pasukan Sokongan Pemain kami. Anda juga dapat melihat halaman Sokongan Pemain kami untuk mendapatkan maklumat dan panduan penyelesaian masalah terkini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai notis ini atau amalan privasi kami, sila kirimkan mereka kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di dpo@riotgames.com atau melalui surat pos di alamat yang berpatutan yang tertera di bawah.

UNTUK OPERASI PENERBITAN KAMI:

Sekiranya anda tinggal di mana sahaja di Amerika Utara, Tengah atau Selatan (kecuali Brazil):

Riot Games, Inc.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
12333 West Olympic Blvd.
Los Angeles, CA 90064
Amerika Syarikat

Jika anda tinggal di Jepun:

Riot Games, LLC
U.p.: Jabatan Undang-Undang
Roppongi Hills Mori Tower 34F
6-10-1, Roppongi, Minato-ku,
Tokyo 106-6134
Jepun

Sekiranya anda tinggal di SEA:

Riot Games Services PTE. LTD.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
9 Straits View, #16-07, Marina One West Tower
Singapura 018937

Sekiranya anda tinggal di EEA, UK atau Switzerland:

Maklumat anda dikawal bersama oleh:

Riot Games Ltd.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
PO Box 11989
Dublin 2
Ireland

dan

Riot Games, Inc
U.p.: Jabatan Undang-Undang
12333 West Olympic Blvd.
Los Angeles, CA 90064
Amerika Syarikat

Riot Games Ltd, seperti di antaranya dan Riot Games, Inc. bertanggungjawab terutamanya atas maklumat anda (termasuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang perlindungan data) dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan keputusan mengenai maklumat anda. Ini adalah titik hubungan utama anda, tetapi anda boleh menggunakan hak perlindungan data anda berkenaan dan terhadapnya atau Riot Games, Inc.

Sekiranya anda tinggal di tempat lain, termasuk Brazil:

Riot Games Ltd.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
PO Box 11989
Dublin 2
Ireland

UNTUK OPERASI STOR MERCH KAMI:

Sekiranya anda tinggal di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Australia, atau New Zealand:

Riot Games Merchandise, Inc.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
12333 West Olympic Blvd.
Los Angeles, CA 90064
Amerika Syarikat

Sekiranya anda tinggal di EEA, UK atau Switzerland:

Maklumat anda dikawal bersama oleh:

Riot Games Ireland Merchandise Ltd.
U.p.: Jabatan Undang-Undang

PO Box 11989
Dublin 2
Ireland

dan

Riot Games Merchandise, Inc.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
12333 West Olympic Blvd.
Los Angeles, CA 90064
Amerika Syarikat

Riot Games Ireland Merchandise Ltd seperti diantaranya dan Riot Games Merchandise, Inc. bertanggungjawab terutamanya atas maklumat anda (termasuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang perlindungan data) dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan keputusan mengenai maklumat anda. Ini adalah titik hubungan utama anda, tetapi anda boleh menggunakan hak perlindungan data anda berkenaan dan terhadapnya atau Riot Games Merchandise, Inc.

Sekiranya anda tinggal di Turki atau Rusia:

Riot Games Ireland Merchandise Ltd.
U.p.: Jabatan Undang-Undang
PO Box 11989
Dublin 2
Ireland

Kembali Ke Atas