League of Legends: Wild Rift akan mulakan Beta Tertutup Serantau pertamanya, bermula 16 September!
Dalam Beta Tertutup Serantau pertama, kami akan memilih pemain dalam negara Filipina, Indonesia, Singapura, Malaysia, dan Thailand.
Kami akan melancarkan ia ke setiap negara dan akan menambahkan gelombang pemain sepanjang Beta Tertutup, jadi sentiasa lihat halaman media sosial Wild Rift tempatan untuk mendapatkan berita terkini!
Apakah jadualnya?
16 September: Indonesia (pengujian dengan bilangan kecil jemputan)
18 September: Filipina, Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand
Awal Oktober: Beta Tertutup akan dijedakan buat beberapa hari dan akaun akan diset semula sepenuhnya
(Semua rantau lain akan dilancarkan kemudian.)
Beta Tertutup Serantau akan dilancarkan khususnya pada Android tetapi pemain hanya boleh pergi ke halaman web Wild Rift untuk mendaftar bagi peluang untuk memasuki ujian kecil pada iOS bersama-sama Beta Tertutup. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel dengan arahan selanjutnya.
Semak diari/dev terkini kami untuk ketahui ciri-ciri yang boleh anda jangkakan jika anda terpilih untuk sertai!
Tunggu dulu—apakah itu Beta Tertutup Serantau?
Lanjutan daripada Alfa Serantau, kami akan mengembangkan barisan ciri-ciri kami dan menjemput negara-negara baharu agar kami bleh dapatkan maklum balas daripada lebih ramai pemain. Beta Tertutup Serantau masih lagi “tertutup”, jadi bukan semua orang akan dapat membantu kami menguji kali ini tetapi kami berhasrat untuk melancarkan permainan kepada lebih ramai pemain dari sebelumnya!
Apakah yang diuji?
Dalam pengujian Alfa Serantau beberapa bulan lepas, kami lebih fokus pada sistem gaya permainan teras kami; kini kami ingin menguji lebih banyak lagi! Anda boleh menjangkakan penaiktarafan kemajuan, menaik taraf dan keseimbangan semakin kita maju ke hadapan dan lihat nota keseimbangan Beta Tertutup untuk melihat apa yang berubah dalam beberapa bulan sebelum ini.
Bagaimana saya boleh menyertainya?
Kami akan memilih secara rawak pemain yang telah pradaftar untuk Wild Rift pada Google Play! Kami akan menjemput lebih ramai pemain ketika pengujian ini berlangsung, jadi sentiasa nantikannya di Play Store. Anda mungkin akan melihat beberapa pencipta kandungan dijemput lebih awal, jadi jika anda tidak berjaya menyertainya anda masih boleh menonton permainan hebat ketika anda menunggu. Peringatan: Sebaik sahaja dijemput, anda perlu melog masuk dengan akaun Google yang sama anda ketika membuat pra-pendaftaran.
Bagi pemain iOS, anda perlu pergi ke wildrift.leagueoflegends.com dan ikut arahan di sana sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam pengujian iOS kecil bersama-sama Beta Tertutup.
Bilakah Beta Tertutup Serantau ini akan berakhir?
Kami akan mempunyai maklumat berkenaan ini kemudian tetapi anda boleh jangkakan Beta Tertutup akan berlangsung selama beberapa minggu lagi.
Mengapakah anda memilih negara-negara ini?
Kami akan pergi dari negara ke negara untuk Beta Tertutup untuk memastikan kami mengutamakan kestabilan sebelum meneruskannya. Kebanyak negara dalam pengujian ini adalah hampir sesama sendiri secara geografinya jadi kami boleh memfokus pada pengujian skala sekumpulan kecil pelayan.
Adakah negara-negara lain akan menerima pengujian Beta Tertutup?
Kami akan berkongsikan lebih banyak maklumat tentang ini dalam bulan mendatang!
Saya telah menyertai pengujian Alfa Filipina... adakah saya akan masuk secara automatik?
Ya! Anda patut layak untuk bermain bermula 18 September.
Kemahiran saya adalah di tingkat tertinggi, tetapi telefon saya tidak—apakah spesifikasi peranti minimum?
Kami mengambil berat tentang merendahkan spesifikasi peranti mininum tanpa menjejaskan gaya permainan teras Wild Rift jadi kami sentiasa mencari jalan untuk mengoptimumkan sebanyak peranti yang mungkin.
Android
CPU: 4-core, 1.5 Ghz dan lebih tinggi (32-Bit atau 64-bit)
RAM: 1.5G
Resolusi: 1280x720
iOS
iPhone 7
Jika saya berjaya menyertainya, bolehkah saya bercakap tentang permainan ini? Bolehkan saya merekod atau menstrimnya?
Ya! Tiada NDA diperlukan. Jika anda membuat sebarang video, seni, atau cosplay, kami mahu melihatnya.
Apakah maksud set semula akaun dalam bulan Oktober?
Kami akan set semula semua kemajuan, tahap, kedudukan, pembelian dan mata wang tetapi sebarang pembelian Wild Core yang anda buat (RP versi Wild Rift) akan dikembalikan selepas set semula dengan 20% bonus sebagai tanda terima kasih kerana membantu kami menguji beberapa kandungan baharu permainan.
Bagaiaman pula jika saya terjumpa pepijat atau perlu menghubungi Sokongan Pemain untuk sesuatu?
Jika anda menjumpai pepijat, isu akaun, atau eksploitasi, anda boleh menyemak laman web Sokongan di support-wildrift.riotgames.com.
Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
Terus berhubung dengan kami, kami ingin mendengar daripada anda!
Twitter: https://twitter.com/wildriftMY
Facebook: https://facebook.com/wildriftMY
Sokongan Pemain: https://support-wildrift.riotgames.com/hc/ms